Alhamdulillah.. terima kasih YA Allah...
bersyukur ke hadrat Illahi buat teman-teman yang berpeluang bertamu di rumah Allah.. moga mendapat Haji yang MABRUR..
2025..satu penantian utk mummy..moga sebelum saat itu datang Allah akan ketemukan mummy dengan seorang yang benar-benar layak menjadi ketua dalam hidup mummy dan anak-anak. Yang boleh memimpin kami ke arah duniawi dan UKHRAWI..
Ujian demi ujian ..alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah kerana beri mummy peluang melalui setiap detik itu dengan pahit manis, senyum tawa, tangis hiba.. IN SHAA ALLAH mummy akan sentiasa kuat Ya Allah..
Hidup ini amat pendek..seharusnya tiada ruang untuk sesiapa saling menyakitkan..
harta yang banyak akan ditinggalkan..
anak dan suami akan ditinggalkan..
jawatan dan gred akan ditinggalkan..
rumah dan kereta akan ditinggalkan..
yang dibawa ialah amal maaruf nahi munkar..
yang dibawa ialah..segala kebajikan yang dilaksana dengan penuh ikhlas..
amal sedekah yang dihulur dengan senyum ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan..
yang ditingalkan ialah anak soleh...
Ya Allah..segala kemarahan mummy yang dizahirkan utk anak-anak ialah demi mengharapkan mereka mampu tabah dan bertatih serta terus berlari dengan baik sepeninggalan mummy nanti ..
..kerana kami telah sama-sama belajar..tiada yang kekal di dunia ini..
Ampunkan mummy dan anak-anak Ya Allah..

No comments:
Post a Comment