DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Sunday, December 20, 2009

MASTER OH MASTER..

salam sayang penuh kerinduan buat buah hatiku ABDUL AISH ZAFRAN... adik... pada 17 Disember 2009 yang lalu, Alhamdullillah..mummy dah mendaftar untuk menyambung pengajian di bidang Master... Adik.. mummy lakukan semuanya ini untuk adik dan demi janji mummy pada diri mummy sendiri..."" one day we will be there" 2013 we will go there to reset for everything.... believe that ..mummy will do for us..only us..

Tuesday, November 17, 2009

17 November 2009 , PWTC KL, hari gembira buatku..


Hari yang paling indah untuk tempoh perjalanan 2009.. Hari ini, 17 November 2009, Selasa, PWTC, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur...


Tak terucap dengan kata-kata.. tiada ayat yang terbaik untuk diluahkan..hari yang amat bersejarah dalam tempoh bergelar pelajar.. hari ini telah disebut sebagai Bekas Pelajar..di Open Universiti Malaysia..dengan pencapaian 3.55, itulah hadiah yang mampu kuberikan untuk anakku AISH. Bermula detik Jan 2005, satu keputusan telah mummy buat untuk menyambung pelajaran kerana saat itu, satu kekosongan dalam meniti kehidupan perlu diisi dari hanya mengingati lembaran duka sepi sekeping hati seorang ibu ... yang mummy miliki saat itu dan hingga kini adalah anak mummy AISH... jatuh bangun, kesibukan menghadapi pelajaran dan peperiksaan serta tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera , dan kesibukan menghadapi tugasan rutin di JPN K.. tidak pernah mematahkan semangat mummy untuk terus bergelar graduan. Dan .. Alhamdullillah... untuk adik AISH... hari ini mummy telah berjaya. Buat keluarga kita, mummy perlukan sokongan yang amat banyak untuk mummy teruskan usaha dan semangat mummy yang tidak pernah luntur bagi menyambung pengajian mummy ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. terutamanya bakal mummy lalui pada Disember 2009 nanti. Semuanya akan kita ulangi lagi pada 2012. .. Masa itu adik dah besar. Doakan mummy berjaya. Dan mummy juga sentiasa doakan agar anak mummy akan mengorak langkah dan menjejaki kecemerlangan mummy... One Day We Will Be There... it's my promise...

Thursday, November 12, 2009

adik... tahniah!!

Mummy rasa nak timang timang anak mummy ..macam adik masa kecik kecik dulu... 17 November 2009 nanti...tibalah masanya kita berkongsi saat manis setelah hampir 4 tahun mummy korbankan kebahagiaan kita dengan memberikan sepenuh tumpuan pada pengajian mummy... Insya Allah adik..walaupun agak lewat untuk mummy..namun mummy masih lagi menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran M.A pada hujung tahun ini.. moga kita masih boleh berkongsi sekali lagi kebahagiaan... 4 tahun yang lalu sewaktu adik berusia 1 tahun.. siang malam terutamanya di musim peperiksaan, mummy tak dapat nak bergurau senda dgn anak mummy dalam tempoh yang panjang.. masa itu , adik dah mula pandai merangkak.. ambil itu ini... tapi Allah itu Maha Segalanya, walaupun kita tiada sesiapa, tapi.. kita juga tidak memberikan kesusahan kepada sesiapa.. dan mummy amat amat bertuah kerana mempunyai seorang anak kecil yang amat amat memahami seorang yang bergelar mummy AISH... kini..adik dah berusia 6 tahun.. minggu depan kita akan ke PWTC dengan flight.. mummy risau dan kesiankan anak mummy yang sorang ini kerana adik dah berulangkali beritahu mummy adik dah takut naik flight. Adik doa hari hari lepas solat agar tiada hujan lebat.. Itulah.. lain kali adik jangan minat sangat nak tengok AIR CRASH INVESTIGATION... akhirnya..adik sendiri yang kecut perut. Tak apalah dik.. ALLAH dan MALAIKAT bersama kita... Mummy amat amat sayang kan anak mummy yang banyak celoteh ini.. mummy tahu adik minat pancing ikan.. tapi mummy nasihat.. tak usahlah... bahaya..kat semak ada ular dan entah apa apa lagi... Usahkan jauh adik pergi, tak ada kelibat 1 minit pun mummy dan puas memanggil nama adik.. Adik satu satunya Buah Hati Mummy...Kasih Sayang Mummy...

Friday, October 30, 2009

Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...
Ku sambut suratan
Penuh rindu dendam
Menyusur naungan masa
Lambaian kelam asmara
Di sana dikau bertamu
Di sini aku beradu
Hujung pasrah ku bertandang
Lena bersama rahsiamu
Usah biarkan ia ditelan masa
Semalaman menghitung kelewatan
Semoga hati kita bisa mengerti
Walaupun hanya sekelip mata
Angin bisikan khabar kasih dan sayang
Leraikanlah mimpi malam yang sama
Di jiwaku namamu gemerlapan
Abadinya suatu pengorbanan
Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...

Taj mahal itu bukan milikku..

Buat yang amat kusayang seluruh denyut nadiku.. Yang ku nanti-nanti Keindahan mimpi Bertaut mata dan raga Siratan mahligai usang... Ku sambut suratan Penuh rindu dendam Menyusur naungan masa Lambaian kelam asmara Di sana dikau bertamu Di sini aku beradu Hujung pasrah ku bertandang Lena bersama rahsiamu Usah biarkan ia ditelan masa Semalaman menghitung kelewatan Semoga hati kita bisa mengerti Walaupun hanya sekelip mata Angin bisikan khabar kasih dan sayang Leraikanlah mimpi malam yang sama Di jiwaku namamu gemerlapan Abadinya suatu pengorbanan Yang ku nanti-nanti Keindahan mimpi Bertaut mata dan raga Siratan mahligai usang... sumber : Nyanyian UMI AIDA

jauhnya matahari untukku gapai..

tertutup sudah pintu, pintu hatiku yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu kini kau pergi dari hidupku ku harus relakanmu walau aku tak mau berjuta warna pelangi di dalam hati sejenak luluh bergeming menjauh pergi tak ada lagi cahaya suci semua nada beranjak, aku terdiam sepi dengarlah matahariku suara tangisanku ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku ucapkan matahariku puisi tentang hidupku tentangku yang tak mampu melakukan waktu dengarkanlah kau matahariku dengarlah matahariku suara tangisanku ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku Sumber : Lirik lagu Nyanyian Agnes Monica

Hidup..diwakili irama..

Lirik Lagu Aishah Antara Cinta Dan Kasih Bahtera Merdeka Bayangan Biarlah Kau Pergi Camar Yang Pulang Cinta Beralih Arah DoaFatwa Pujangga Hikayat Asmara Janji Manis Mu Kasih Kita Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman Kau Yang Istimewa Kemaafan Dendam Yang Terindah Merenung Bulan Panggilan Rindu PulanglahPulanglah Perantau Rela Sebelum Terlanjur Selanjur Bercinta Senandung Lebaran Setitis Cahaya Di Aidilfitri Syurga Di Telapak Kaki Ibu Tiada Duka Untuk Apa Wajah Ke Halaman Utama

aidil adha utk kita..

Setitis Cahaya Di Aidilfitri Di sekitar suria yang menyinar Hadirnya mendung meliput cahaya Di sebalik senyum tawa riang Timbul tangis hiba di fajar mulia Kekosongan melanda dirikuBak sembilu menyayat di kalbu Mengenang nasib diri sebatang kara Mengharungi cabaran berliku( korus )Takbir menusuk jiwa ku Terkenangkan kisah-kisah lalu Keinsafan menghantui diri Berkekalan 'kan ku ulang kembali Sepatah doa mengiring diri Setitik cahaya untuk meniti Pedoman buat di hari muka Moga ketenangan teman yang setia

Monday, October 26, 2009

Konvoi Kelab Wish Malaysia

.. adik...... sayang mummy....
Adik.. ini foto mummy simpan untuk kenangan adik... pada 31 Ogos 2009, mummy. adik aish, mama dan abang akim ke Cherating, Kuantan bersama KONVOI KELAB WISH MALAYSIA... yang paling depan tu..adik dan abang akim... masa ni adik usia 6 tahun dan abang akim usia 7 tahun... siap sedia utk bersukan!! Go Go Go Aish Go....

Sayangku Anakku

adik... kita perlu kuat dan tabah untuk hadapi segalanya.. Mummy tiada kekuatan lain melainkan hanya adik yg menjadi kekuatan mummy.. hari ini adik berusia 6 tahun, tapi mummy rasa seolah olah adik dah besar kerana adik dah boleh bacakan doa dihadapan mummy selepas setiap kali kita solat bersama. mummy rasa anak kesayangan mummy yang mummy selalu panggil "kasih sayang" mummy ini dah dewasa.. mummy cuba jadi yang terbaik utk berikan kasih sayang sebagai abah dan mummy untuk anak kesayangan mummy..aish zafran bin abdul manaf.. I LOVE YOU MY DEAR!!!

Friday, October 23, 2009

Terima kasih segalanya..

untuk kursus sepanjang sesi yang amat berharga ini.. sekalung tahniah buat Mr Zed... tanpa Mr Zed siapalah insan yang serba daif IT ini untuk menelaah dan mencari ketenangan diri.. sekurang2nya blog KU ini berupaya menjadi teman bicara yang tiada punya sekatan had masa... Terima Kasih.... Tiada yang lebih bernilai dari persahabatan melainkan ilmu yang dikongsi bersama.... Allah jua yang membalasnya..AMIN

demi anakku aish

Betapa banyak duri yang ditempuhi...disitulah kita akan punyai suatu kebahagiaan yang tiada ternilai... Demi Anakku Aish..