DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Saturday, May 13, 2017

adakah ianya GERD?

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Menanggung GERD... membuatkan mummy menerokai setiap hari..tentang APAKAH ITU GERD.
Niat mummy.. pohon kesembuhan dari Allah SWT Yang Maha Merancang untuk segalanya...
dan .. juga memberi ruang dan peluang kepada semua yang mengalami GERD di dunia ini...
perjalanan mummy melalui GERD telah hampir 5 bulan..

dalam meniti hari menantikan kesembuhan.. banyak yang dipelajari.. terutama jalan kembali kepada ALLAH. Beriman kepada ALLAH. Redha dan Takwa kepada ALLAH.

Banyak sharing yang mummy perolehi. Boleh lah kalau nak baca. selebihnya tanya hati.
Kita datang kepada blog ini kerana Allah yng bawa.
kita berubat untuk penyembuhan kerana di dalamnya telah dinyatakan setiap ubat ada penawarnya KECUALI MATI.

Tugas kita manusia :
1. TERIMA segala ketentuan Allah SWT.
2. REDHA dan istighfar segala pemberianNya.
3. YAKIN bahawa ALLAH adalah segalaNya
4. IKHTIAr untuk ke arah penyembuhan
5. TAWAKKAL kepada ALLAH SWT...

ada beberapa kisah penderita GERD yang lain serta perkongsian dr yang pernah terlibat dengan isu GERD... yang mummy ceduk dr blog mereka. Semoga blog ini menjadi tatapan anak2 mummy khasnya satu masa nanti. Kesahihan mummy tidak tahu. kerana hanya ambik sahaja tanpa kajian terperinci. Mummy tidak bertanggungjawab untuk segala yang bakal pembaca putuskan untuk buat. Kerana mummy hanya pesakit GERD yang sedang mencari cara untuk sembuh. Allah Jua Penyembuh sebenar.

SHARING 1 Hidup Selesa Tanpa GERD
SEPULUH tahun menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD) tidurnya terganggu kerana pedih ulu hati. Setiap kali selepas makan mesti tidak selesa, loya dan mulut pula terasa masam. Dada terasa ngilu sangat sehingga kadang kala tidak boleh tidur. Kalau makan makanan berminyak, keadaan menjadi lebih teruk.
Terry Tan, 37, cuba bertahan tetapi gejala GERD mengganggu aktiviti hariannya.
“Ketika bersenam pun saya boleh alami masalah ini terutama apabila saya melakukan tekan tubi atau bangun tubi. Malah apabila tunduk pun saya boleh rasa dada pedih. Pada awalnya, saya mengambil ubat antiasid tetapi kesan ubat tidak lama sehinggalah saya diberikan ubat dipanggil perencat pam proton (PPI) yang membolehkan saya menjalani hidup dengan lebih baik,” ujarnya.
Mengalami simptom yang sama, pesara, A. Susainathan, 64, juga kerap mengalami pedih ulu hati, terutama ketika tidur.
Kadang-kadang dia terjaga sampai 10 kali pada waktu malam. Ini mengganggu kerjanya pada waktu siang.
“Saya berusaha mendapatkan rawatan sewajarnya sebelum disahkan penghidap GERD. Dulu saya pernah bergelar perokok tegar tetapi disebabkan GERD, tabiat itu saya tinggalkan,” ujarnya yang telah 13 tahun menderita GERD.
Susainathan menyarankan setiap individu yang memiliki simptom penyakit itu agar mendapatkan rawatan segera bagi mengelak ia bertambah kronik.
Asid gastrik
GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.
Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia baru-baru ini tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus lagi terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.
Gangguan tidur ternyata mengganggu produktiviti dan waktu santai pesakit, dengan lebih 60 peratus melaporkan kesan yang besar dan sederhana terhadap kerja dan waktu rehat mereka.
Kajian ini menunjukkan penghidap GERD memandang ringan kesan buruk penyakit terhadap mutu kehidupan mereka dan tidak menyedari bahawa ia boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang yang serius. Mereka hanya mendapat bantuan rawatan apabila rasa sakit dan semakin tidak selesa. Hampir separuh pesakit menanggung simptom sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum berjumpa doktor.
Dalam hal ini, bekas Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia yang juga Perunding Gastroenterologi, Dr. Tan Huck Joo berkata, para pesakit tidak sepatutnya membiarkan simptom GERD mengganggu tugas harian mereka.
“Mereka tidak perlu menanggung sakit dalam diam. Dapatkan nasihat daripada doktor supaya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang tahap penyakit yang dihidapi. Hanya selepas itu anda boleh mendapat rawatan yang khusus untuk masalah GERD,” kata beliau.

SHARING 2
GASTRIK,GERD : SIMPTOM DAN RAWATAN
20/01/2017 BOTINGGALKAN KOMEN
Simptom-simptom GASTRIK
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

RAWATAN GASTRIK
Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal
1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari. Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat lanjut tentang antasid.
2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Simptom-simptom serangan GERD adalah seperti:-
* Terdapat rasa tidak selesa pada ulu hati. Anda akan merasa panas pada bahagian dada, dari pembukaan perut naik ke bahagian leher dan tekak. Ketika ini berlaku, secara automatiknya anda akan mengusap dada dengan tangan.
* Cenderung untuk rasa mual. Pada peringkat ini, satu cecair berasid akan naik ke tekak dan rasa masam asid ini akan membuatkan anda mahu muntah.
* Sakit dada yang keterlaluan. Ia adalah umpama terdapat sengatan pada dada dan menyebabkan rasa sakit yang agak teruk.
* Kerap sendawa kerana angin yang ditolak dari perut ke kerongkong.
* Batuk berterusan yang menyebabkan anda kehilangan suara (serak).
* Rasa sebu perut kerana angin berkumpul di dalamnya.



RAWATAN GERD
1.ANTASID
Antasid adalah ubat pertama yang selalu dicadangkan untuk mengurangkan rasa pedih hulu hati dan simptom-simptom GERD yang lain.

2.PENYEKAT H2
Penyekat H2 (H2 Antagonist) seperti cimetidine, famotidine, nizatidine, dan ranitidine
Perencat pam proton (Proton Pump Inhibitor) termasuklah omeprazole, lansoprazole, pantoprazole, rabeprazole dan esomeprazole

4. PROKINETICS
Prokinetics membantu menguatkan sfinkter (pencerut) esofagus (LES) dan mengosongkan perut dengan lebih cepat. Ubat-ubatan ini termasuklah Itopride dan metoclopramide.

5. PEMBEDAHAN
Pembedahan merupakan satu pilihan apabila ubat dan perubahan yang dilakukan dalam cara kehidupan tidak membantu menangani simptom-simptom GERD. Pembedahan juga mungkin merupakan satu alternatif yang baik berbanding dengan ubat-ubatan dan ketidakselesaan yang dialami.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
1)Makanan/ minuman berasid
Disarankan mengurangkan minum jus oren, air limau nipis atau air asam jawa. Memang ia kaya dengan vitamin C tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis.Pastikan apabila makan nasi, minumlah air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukannya makan berulamkan minum.
2) Makanan pedas
Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Jika anda seorang yang tidak tahan pedas, anda harus elakkan dari makan makanan sebegini. Makan atas risiko sendiri ya!
3) Makanan yang ber ‘angin’
Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, petai, jering, kerdas dan sewaktu dengannya. Jadi kurangkanlah makanan seperti di atas yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
4) Elakkan junk food
Makanan jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah serta mi segera.
5) Air bekarbonat/kafein
Jika teringin nak minum, pastikan perut kenyang dan tidak mengambil makanan/minuman lain yang diketahui menyumbang kepada gastrik.
6) Susu
Ada yang mengatakan bahawa susu akan membuat perut mereka lagi meragam. Jika benar elakkanlah!
Sumber diatas ini diambil dari internet mengenai simptom dan prosedur rawatan yang diberi oleh doktor.Saya ringkaskan kerana ianya bukanlah perkara yang ingin saya bincangkan.
SOALANNYA.ADAKAH INGIN MENIKMATI SEMULA MAKANAN YANG ANDA SUKA TANPA PERLU BERPANTANG.?
Sila hubungi 0182758545 untuk penerangan lanjut atau lawati fb @rempahbo

SHARING 3 Nama : Ahmad Rosdi Abdul Halim
Umur : 38 thn
Pengalaman sakit : 4 tahun menderita Gastrik / GERD
Pengalaman sembuh : 2 tahun telah sembuh dari Gastrik/GERD
Email : rosdiutaratrading@gmail.com
Sila hubungi saya melalui email sahaja

Untuk tempah sila klik Tempah Sekarang
Untuk maklumat produk klik Maklumat Produk
________________________________________
RUPA-RUPANYA penyakit GASTRIK ni amat bahaya kalau TIDAK dirawat.. Boleh membawa kepada kematian..
TAPI "Setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati".. itu janji tuhan.. dan kita kena lah berusaha utk berubat..

Tua ke muda ke bukan kayu pengukur kepada sakit atau mati..

Ini adalah cerita pengalaman saya sendiri terhadap penyakit yang melibatkan masalah dalam perut ini (usus)..
"Penyakit bermula dari perut".. ingat tu pesanan nabi kita..

Saya menderita sakit nie dah hampir 4 tahun.. sakit yang tak tau macamna nk cerita kat org.. betul tak?
>> Kadang2 tu rasa n takut n gelisah..
>> Fikir yg bukan2 - selalu rasa mcm nk MATI jaa.. (serius)
>> Sakit2 badan yg tidak diketahui punca nya..
>> Sakit bahagian dada - kiri n kanan rasa menyucuk2..
>> Sakit belakang, bahu, lengan n otot2..
>> Pening kepala - sampai kadang2 rasa memusing2..
>> Kembong perut (bloated) - tepuk je perut bunyi mcm drum..
>> KERAP sendawa walau pun tak makan.. (bukan sendawa kenyang lps makan tu)
>> KERAP kentut terutama masa tido - malu beb kalu gi tido umah org atau share bilik dgn member..
>> Selalu dengar bunyi bising dalam perut..
>> Kadang2 rasa meloya..
>> Perut memulas2..
>> Jiwa/perasaan rasa tak tenteram - jiwa kacau..
>> Kadang2 tu nk drive sorg2 pun takut.. bukan takut hantu ke apa ke.. TAPI takut laa.. tak tau nk describe mcmna..

(kiranya saya pernah ambil 'XANAX' sbg penenang - atas arahan doctor)

Haa.. ITU lah sebahagian derita sakit gastrik nie.. org tua2 kata sakit angin.. tak semua org rasa sama.. ada setengah sampai meronta2 sakit perut.. ada yg tak.. mcm sy mmg tak pernah sampai meronta2 sakit perut.. TAPI hari-hari saya lalui dengan cemas.. angin gastrik nie kacau jiwa dan perasaan..

Saya dh 2 kali buat endoscope (masuk kamera melalui mulut) n 1 kali colonscope (masuk ikut punggung)..
MEMANG doktor sahkan GASTRIK stage-2.. pertama buat kat hospital KPJ dan kedua buat kat METRO.. dua2 doktor pakar bhgn Gastro..

PULUHAN RIBU RINGGIT MALAYSIA duit sy dah habis...

Pegi berubat cara tradisional.. ermmm.. bomoh2 nie kata kena santau pulak.. jenuh mandi limau n minum air kelapa masa tu..

YE LA.. kita nie suami n ayah kepada anak2.. sapa yang tak risau kalu jadi apa2 hal kat kita.. mcmna dgn nasib keluarga kita.. mmg urusan ALLAH.. tapi selagi kita mampu, kita mesti berusaha utk pulihkan balik kesihatan untuk membela keluarga..

Anak-anak kecik lagi.. risau dalam hati hanya TUHAN yang tau..

Ubat2 utk penyakit gastrik/GERD nie plak tak murah!!

Ini adalah harga ubat-ubatan berkaitan gastrik :-

** NEXIUM 20mg/40mg : RM5.50 - RM7.50 SEBIJIK!!
** GAVISCON : RM22.00 - RM35.00 SEBOTOL!!
** Controlloc 20mg/40mg : RM7.00 ke ats SEBIJIK!!
** 3 serangkai (utk bunuh H-Pylori) : RM600++
(Kebanyakkan ubat2 ini MAHAL harga nya)

Tu belum GST lg tu..

Dah tu kena standby selalu.. pernah saya kena ambil NEXIUM tu selama 2 bulan - sehari 2 bijik.. mmg sakit hilang.. tapi tak lama..

PERMAKANAN pun kena jaga.. Pedas, masam, berempah, daging, ayam, seafood, kacang, sayur, buah2an semua kena jaga.. Pendak kata hampir semua makanan kat gerai n restoran tu tak leh makan.. Memang perit sakit nie.. Sbb dia brpunca dari tabiat pemakanan kita..

KENA BETUL2 PANTANG
(saya kaki makan pedas - cilipadi saya makan mcmtu saja dgn nasik)

Produk MLM nie dah berpuluh saya cuba.. dari M'sia, USA, Jepun semua pasal masalah gastrik semuanya saya try.. TAK jgk berkesan.. Dah tu ada side effect dia plak lagi.. (mungkin tak sesuai dgn saya).. SAKIT yg amat masa tu.. Seminggu kadang2 2 kali gi jumpa doktor.. TENSION..

Penyakit nie plak tak boleh 'STRESS' langsung.. kalu stress mmg akan lagi teruk keadaan badan kita.. pasal tu doktor bg saya XANAX..
Tapi.. KINI sy dh tak perlukan dah.. sy dh sembuh..

Suatu hari sy bertemu dgn seorg pakar perubatan - pharmasist.. dan dialah yang recommend kat sy ubat nie..

BAYANGKAN dalam tempoh SEMINGGU sahaja sakit sy semakin berkurangan dan dalam SEBULAN saya sembuh terus dari gastrik/GERD nie..

4 tahun derita yg sy alami kini hilang.. Sy rasa amat brsyukur..
Ya!! sy sudah benar2 sembuh.. kini (Jun 2014) dh hampir setahun sy sembuh..

Bukan calang2 hebat ubat nie.. sy dah cuba dan sy nk berkongsi keputusan bahagia itu dengan anda plak..

Berusahalah untuk kebaikan diri anda.. paling tidak pun anak2 kita pasti masih memerlukan jasa kita utk mereka..

Dengan berkat doa serta usaha, tuhan telah menemukan saya dgn penawar ajaib ini dan mungkin dgn berkat doa anda bertemu dgn page saya ini..

Sy SANGAT yakin dgn ubat ini (dgn izinNya)..

KINI sy sudah tidak gelisah dan gundah gulana lagi.. dah tak rasa kembung2 perut lagi.. dah tak sakit2 badan lagi.. angin dalam badan dah kembali normal.. YANG PENTING saya dah boleh makan pedas, masam2, seafood pun bila makan dah tak da senak2 lagi dah.. daging kambing pun dh bleh makan balik dah.. 4 tahun yang saya lalui dulu kini dah kembali ceria n bahagia disamping anak2.. dan kini dlm sy keadaan bersedia dan mampu, serta yakin utk melaksanakan tanggungjawab yg terbaik buat keluarga sy..

SHARING 4
SHARING 7
G.E.R.D. Bahayakah ? ( Refluks Gastroesofagus )
Hazim Khairuddin 11:52 2 Comments
"DULU setiap kali selepas makan mesti tidak selesa, loya dan mulut pula terasa masam. Dada macam terasa ngilu sangat hingga kadangkala tidak boleh tidur. Kalau makan makanan berminyak, keadaan jadi lebih teruk.
"Ketika bersenam pun saya boleh alami masalah ini terutama apabila saya melakukan pergerakan tekan tubi atau bangun tubi. Malah apabila tunduk pun saya boleh rasa dada pedih," kata Terry Tan, 37, yang sudah 10 tahun mengalami masalah ini.

Mulanya dia cuba bertahan tetapi gejala berkenaan menjejaskan hidupnya yang aktif. Doktor memberitahu dia mengalami masalah gejala penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Ini adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus (saluran makanan yang menyambungkan tekak dan perut). Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.
Pada awalnya dia mengambil ubat antasid tetapi kesan ubat ini tidak lama sehinggalah dia diberikan ubat dipanggil perencat pam proton (PPI) yang membolehkan Tan menjalani hidup dengan lebih baik.
GERD adalah antara gangguan masalah gastrousus (berkaitan perut dan usus).
GERD boleh berlaku pada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak tetapi biasanya membabitkan golongan muda iaitu pada peringkat hidup paling produktif.

Di Malaysia, dianggarkan 50 peratus penduduk dewasa mengalami sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus; namun ramai yang tidak mendapatkan rawatan sewajarnya kerana ia sering disalah anggap sebagai gejala akibat ketidakhadaman.

Menurut Ketua Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Goh Khean Lee, ada orang berpendapat GERD berlaku kerana terlalu banyak asid gastrik dalam perut. Pakar menolak pendapat ini kerana ia sebenarnya berkaitan aktiviti otot pencerut pada bahagian bawah esofagus yang berehat pada waktu yang salah, contohnya ketika seseorang tidak menelan makanan dan terbuka terlalu lama.

Menelan makanan atau minuman adalah proses yang kompleks dan membabitkan keseragaman banyak otot. Apabila makanan masuk ke dalam saluran esofagus, otot pencerut di bahagian atas perlu dalam keadaan rehat (supaya saluran terbuka) dan membolehkan makanan melaluinya. Apabila otot ini bekerja (mencerut), ia secara automatik akan menolak makanan ke bawah. Kemudian otot pencerut di bahagian bawah esofagus pula perlu berehat supaya makanan boleh melaluinya dan masuk ke perut. Maknanya apabila ada makanan, otot ini perlu berehat.

Namun apabila otot ini berehat ketika tiada makanan (tidak menelan) dan terbuka terlalu lama, maka asid gastrik di dalam perut boleh tertolak ke atas memasuki salur esofagus (menyebabkan aliran songsang atau refluks).

"Asid gastrik penting untuk membunuh kuman dan sangat diperlukan dalam proses penghadaman makanan. Namun asid ini boleh tertolak ke atas apabila kita sendawa atau menelan makanan. Apabila terlalu banyak asid yang tertolak ke atas, ia boleh menyebabkan beberapa masalah.

"Kecekapan otot pencerut ini boleh berkurang dengan peningkatan umur dan penambahan berat badan terutama di kalangan lelaki. Pun begitu, ramai juga wanita yang alami GERD. Apa yang dikhuatiri ialah apabila asid ini masuk ke tempat yang tidak sepatutnya seperti paru-paru, ia boleh menyebabkan pneumonia.

"Selain itu kehadiran asid gastrik di luar perut boleh membuatkan jarak antara sel yang sepatutnya rapat antara satu sama lain menjadi besar, membolehkan lebih banyak asid akan memasuki bahagian berkenaan dan menyebabkan banyak masalah susulan. Kerosakan tisu pada bahagian bawah saluran esofagus menyebabkan rasa pedih ulu hati," katanya pada bengkel kefahaman GERD anjuran AstraZeneca Sdn Bhd.


Salah faham

Meskipun pengetahuan mengenai GERD sudah lama ada tetapi masih ramai yang mempunyai salah anggapan terhadap penyakit ini, menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan sewajarnya. Antara salah faham itu ialah:


Kepercayaan 1: GERD hanya membabitkan orang dewasa

Hakikat: Ia boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengira peringkat umur. Malah bagi individu yang ada sejarah keluarga mengalami GERD, peluang untuk mereka mendapat masalah yang sama adalah lebih tinggi.

Penyelidik menganggarkan dua hingga lapan peratus kanak-kanak berumur tiga hingga 17 tahun mengalami gejala GERD. Selain itu didapati pertambahan umur juga membuatkan risiko GERD meningkat mendadak terutama selepas mencecah 40 tahun.


Kepercayaan 2: GERD dan pedih ulu hati adalah masalah yang sama

Hakikat: Pedih ulu hati adalah antara gejala GERD. Pedih ulu hati adalah salah satu kesan masalah ketidakhadaman yang disebabkan refluks asid gastrik ke dalam esofagus. Ia membuatkan dada pesakit (di bahagian belakang tulang dada) terasa panas.

Gejala pedih ulu hati yang kerap (lebih dua kali seminggu) atau sehingga boleh menjejaskan kegiatan harian boleh dijadikan petanda seseorang itu mengalami GERD. Bagi pesakit GERD, gejala pedih ulu hati dan refluks berlaku lebih lama dan kerap daripada masalah pedih ulu hati biasa.


Kepercayaan 3: GERD adalah masalah biasa dan tidak perlu dibimbangkan

Hakikat: GERD kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi serius.
Keradangan esofagus akibat refluks asid gastrik perut boleh merosakkan tisu lapisan dalam esofagus, menyebabkan pendarahan atau ulser (dipanggil esofagitis). Parut pada tisu ini akan membuatkan saluran esofagus menjadi sempit dan menyukarkan seseorang untuk menelan.

Sesetengah pesakit mengalami keadaan yang dipanggil esofagus Barret, di mana bentuk dan warna sel dalam esofagus menjadi tidak normal. Lama kelamaan sel ini boleh berubah menjadi sel kanser - yang biasanya membawa maut.

Kajian mendapati keadaan GERD boleh bertambah buruk jika pesakit turut mengalami masalah asma, batuk teruk atau fibrosis pulmonari. Malah, GERD yang teruk juga akan membuatkan gigi cepat reput kerana asid gastrik boleh melarutkan lapisan enamel gigi.


Kepercayaan 4: GERD disebabkan pertambahan jumlah asid gastrik dalam perut.

Hakikat: Seperti yang diterangkan di atas, GERD bukannya disebabkan pertambahan asid gastrik. GERD selalunya berlaku apabila otot pencerut bawah esofagus tidak berfungsi dengan cekap. Biasanya apabila kita menelan, otot ini berehat beberapa saat. Namun ada sesetengah makanan boleh membuatkan otot ini berehat lebih lama dan tidak mencerut dengan ketat. Antaranya ialah alkohol, nikotin (dalam tembakau) dan sesetengah jenis ubat.

Pun begitu, perubahan hormon ketika hamil juga boleh mempengaruhi fungsi otot pencerut ini. Selain perubahan hormon, peningkatan tekanan dalam ruang abdomen juga boleh menjejaskan fungsi otot pencerut berkenaan pada wanita hamil. Maka tidak hairanlah jika ramai wanita mengalami masalah pedih ulu hati ketika mengandung.

Masalah otot pencerut yang lemah juga boleh menyebabkan GERD. Kajian mendapati pada 25 peratus pesakit yang alami GERD teruk.

Pencernaan yang perlahan dikatakan turut menyumbang kepada masalah GERD. Ini
kerana jika makanan berada terlalu lama dalam perut sebelum ia dipindahkan ke usus kecil, maka kecenderungan untuk makanan tertolak ke atas (ke arah esofagus) adalah lebih tinggi.

Penyelidik juga mendapati perut yang terlalu penuh boleh meningkatkan kebarangkalian untuk otot pencerut berehat lebih lama dan ia secara tidak langsung memberi laluan kepada asid gastrik mengalir ke dalam esofagus.


Kepercayaan 5: GERD adalah keadaan yang kronik dan tidak boleh dicegah

Hakikat: GERD boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan betul, pemakanan seimbang dan kerap bersenam. Antara perkara yang disarankan ialah:

a. Kekalkan berat badan ideal. Penurunan 10 peratus berat badan boleh menjauhkan GERD. Lemak yang terkumpul pada perut akan meningkatkan tekanan dalam abdomen dan ia boleh menolak asid gastrik memasuki esofagus.

b. Makan dalam kuantiti kecil. Makan terlalu banyak akan membuatkan perut anda boleh memberi lebih tekanan pada otot pencerut bawah esofagus dan meningkatkan kebarangkalian mendapat GERD.

c. Tinggikan bahagian kepala katil. Meninggikan kedudukan kepala (15 hingga 20 sentimeter atau enam hingga lapan inci) adalah antara cara memastikan asid gastrik sentiasa berada dalam perut. Gunakan pelapik baji di mana ia meninggikan keseluruhan bahagian atas badan. Menggunakan bantal tambahan tidak membantu kerana ia hanya meninggikan kedudukan kepala, bukan badan atas.

d. Duduk selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda baring. Tarikan graviti akan membantu mencegah aliran songsang asid gastrik. Berbaring selepas makan hanya akan memudahkan kemasukan asid gastrik ke dalam esofagus.


Elakkan:

a. Mengambil makanan yang boleh mencetuskan gejala pedih ulu hati seperti makanan berlemak, pedas, berempah atau berasid termasuk tomato, buah-buahan sitrus, pudina, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat.

b. Merokok. Sesetengah kajian mendapati nikotin akan membuatkan otot pencerut esofagus berehat lama dan menjejaskan kebolehan air liur untuk membersihkan asid gastrik dalam esofagus.

c. Minum terlalu banyak minuman beralkohol. Alkohol yang disertakan dengan rokok akan membuatkan otot pencerut bawah esofagus menjadi lebih rehat. Malah alkohol juga boleh menyebabkan pencerutan otot menjadi tidak sekata.

d. Memakai pakaian yang terlalu ketat terutama di bahagian pinggang kerana ia boleh memberi tekanan pada otot pencerut.




GERD = gangguan

Walaupun ramai pesakit percaya boleh bertahan dengan gejala asid refluks, namun hakikatnya penyakit itu menjejaskan banyak rutin harian mereka. Ini kerana kebanyakan pesakit mengalami sekurang-kurangnya satu daripada empat gejala umum GERD iaitu:

Regurgitasi atau rasa masam dalam mulut akibat kehadiran asid gastrik
Perut atas terasa panas dan sakit
Dada atau bahagian belakang tulang dada terasa panas
Pedih pada ulu hati


Banyak kajian menunjukkan lebih 50 peratus pesakit GERD mengalami masalah sukar tidur dan cepat letih keesokannya. Kekurangan tidur dianggap punca utama yang menjejaskan produktiviti kerja dan kualiti kehidupan pesakit.

Pesakit juga selalu berasa tidak sihat, cuba mengelak makanan atau minuman tertentu, kerap letih dan resah. Malah ia juga mengganggu sesetengah aktiviti harian mereka.

Malangnya lebih separuh pesakit GERD di Asia tidak menyedari mereka mengalami penyakit ini kerana ia dianggap berkaitan dengan masalah penghadaman.

Bahkan ada yang tidak memandangnya sebagai perkara penting apatah lagi jika gejala hanya datang sekali-sekala, sekali gus membuatkan ramai pesakit gagal mematuhi jadual rawatan.

"GERD tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti kesukaran bernafas (apabila berlaku pneumonia), pendarahan dan kecederaan pada esofagus serta barah esofagus jika tidak dirawat," kata Perunding Gastroenterlogi dan Hepatologi, Dr Tan Huck Joo.

Rawatan ini bukan sekadar perubahan gaya hidup dan pemakanan, tetapi ia juga perlu disertakan pengambilan ubat seperti antasid dan antasidalginat.
Bagaimanapun bagi sesetengah orang, ubat ini tidak cukup untuk mengurangkan keasidan, terutama jika lapisan esofagus mengalami kerosakan.

Namun ubat yang lebih berkesan ialah perencat pam proton (PPI). PPI seperti esomeprazole digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid gastrik dalam perut.
Ia menghalang pam asid (dalam lapisan sel dinding peru



BACA DAN FAHAMI. SEKADAR PERKONGSIAN SETELAH BERUSAHA GOOGLE UNTUK KESEMBUHAN DIRI SENDIRI.


Sunday, May 7, 2017

kongsi lagi

Ada banyak yang ingin ku kongsikan...
Biarlah Allah jua yang membalas atas segalanya..baik atau buruk..

Aku adalah tempat anakku bersandar.. seorang anak yatim.. dan seorang anak yang hanya bergantung sepenuhnya dengan ibunya ini..

betapa kejamnya manusia memperlakukan kami seperti ini..
tapi banyak yang kupelajari sepanjang aku meneruskan sisa perjalanan hidup ini..

Nabi Muhammad SAW juga diuji..
apalah sangat aku sebagai manusia biasa yang tak punya apa-apa.

hasrat hati ingin bergantung kepada seorang yang bergelar suami.. bila dinikahi.. itulah pengorbanan seorang wanita dan ibu kepada dua anak.

bila tidak diperlukan..mereka akan turun dan meninggalkan kami..
kemudian..bila mereka memerlukan.. mereka akan cuba untuk datang lagi..
kata maaf bagi mereka amat mudah..

Kini.. aku mohon.. janganlah aku diganggu..dan anakku diganggu..
kami tak punya apa2..
kami hanya miliki hati yang telah hancur..
kami tidak mengharapkan kasih sesiapa.
cukuplah Allah mencukupkan kami bertiga dengan kehidupan saling bergantung antara kami..

Telahan manusia mengatakan aku telah kembali kepada bekas YB.. kesilapan besar semua telahan itu.. semua itu tak akan berlaku.. cukuplah pengalaman derita lampau bersamanya yang pernah ku tempuhi.. tak perlulah aku mengulangi sejarah sedih masa lalu kerana pastinya ia hanya akan bawa derita..

buat teman yang pernah bersamaku..
aku juga tidak berhasrat untuk jadi pemusnah keluargamu yang telah bersatu itu..
takdir telah tersurat.. dan aku terima suratan itu dengan 1001 perasaan. tapi..yang pastinya tidak pernah ada dendam..
aku juga redha dengan ketentuan Illahi..

ku tahu.. impianku yang pernah ku angankan.. tidak akan menjadi kenyataan..

Ya Allah ..kuatkanlah semangat ku.. bantu lah aku Ya Allah Yang Maha Pemurah..
Lindunglah aku dan anak-anakku Ya Allah Yang Maha Melindungi..

Walau apa sahaja.. perjalanan hidup perlu diteruskan..
aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok..

Tapi.. aku yakin tentang Titian Siratul Mustaqim..
semua manusia akan meniti Titian Sirat..
Aku juga tahu tentang hisab.. semua manusia akan dihisab..

aku mendoakan.. Ya Allah..Ampunilah dosa kedua ibu bapaku.. dosaku.,dosa anak2ku..dosa adik beradikku.. dosa sahabat2ku.. semoga tempatkanlah kami dalam syurgamu bersama para solihin..

Andainya aku salah.. kembalikan aku ke pangkal jalan..

Ya Allah..
Jika sukar..permudahkanlah..
jika haram ..sucikanlah..
jika sukar.. permudahkanlah..

Aku pohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki atas semua salah dan silap serta dosaku..
Maafkan aku duhai ibu bapa kesayanganku.. Maafkan aku adik beradikku.. Maafkan aku anak anak kesayanganku.. maafkan aku teman2ku..

Ampunkan aku atas segala apa yang berlaku selama kita pernah kenal dan pernah berurusan. Ameen Ya Rabbal Alamin.