DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Friday, August 25, 2017

UPSR datang lagi

Assalam..dan salam penuh kasih sayang..

bermula 5 September 2016.. Kertas UPSR Bahasa Melayu.. hari ini merupakan hari akhir..8 September 2016 har Khamis..kertas UPSR Sains. Selesai sudah debaran anak2, guru, ibubapa mengiringi anak2 untuk menduduki peperiksaan UPSR Tahun 2016.

Hari ini khamis.. abang aish dah balik dar asrama sekolah tahfiz..
terbayang lagi saat bersolat hajat dalam surau TCD.. mummy sangat berharap dapat mengiringi abang aish di tanah suci untuk menemani abang aish untuk hafazan 1 juzuk akhir al quran.. in shaa Allah demi anakku aish..kerana Allah SWT..semoga impian ..hajat dan doa ini dimakbulkan Allah..



11 September 2017.. bakal datang lagi.. doakan anak2 mummy di SKTCD akan melonjakkan kecemerlangan dan kegemilangan diri dan sekolah... in shaa Allah

Alhamdulillah

Salam pagi sabtu yang penuh ketenangan..

Alhamdulillah.. terima kasih YA Allah...
bersyukur ke hadrat Illahi buat teman-teman yang berpeluang bertamu di rumah Allah.. moga mendapat Haji yang MABRUR..

2025..satu penantian utk mummy..moga sebelum saat itu datang Allah akan ketemukan mummy dengan seorang yang benar-benar layak menjadi ketua dalam hidup mummy dan anak-anak. Yang boleh memimpin kami ke arah duniawi dan UKHRAWI..

Ujian demi ujian ..alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah kerana beri mummy peluang melalui setiap detik itu dengan pahit manis, senyum tawa, tangis hiba.. IN SHAA ALLAH mummy akan sentiasa kuat Ya Allah..

Hidup ini amat pendek..seharusnya tiada ruang untuk sesiapa saling menyakitkan..
harta yang banyak akan ditinggalkan..
anak dan suami akan ditinggalkan..
jawatan dan gred akan ditinggalkan..
rumah dan kereta akan ditinggalkan..

yang dibawa ialah amal maaruf nahi munkar..
yang dibawa ialah..segala kebajikan yang dilaksana dengan penuh ikhlas..
amal sedekah yang dihulur dengan senyum ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan..
yang ditingalkan ialah anak soleh...

Ya Allah..segala kemarahan mummy yang dizahirkan utk anak-anak ialah demi mengharapkan mereka mampu tabah dan bertatih serta terus berlari dengan baik sepeninggalan mummy nanti ..
..kerana kami telah sama-sama belajar..tiada yang kekal di dunia ini..
Ampunkan mummy dan anak-anak Ya Allah..