seronok lihat segala yg ada...
termasuk..suka duka tangis yang telah berjaya dilalui dgn tabah..
letih..
tapi puas..
kerana...
akhirnya dapat harungi walau sebenarnya tak cukup kuat..
minggu ini..harga emas turun banyak..
ke sana sini kejar masa..
bila datang musim begini..tugas mummy beli dan beli..
bila musim harga naik..
gadai dan gadai..
staff bank.. staff arrahn..mereka senyum tgk muka ni datang lagi..
tak habis di situ..
esok lusa urusan dgn kaunter ASB..KPF.. diteruskan lagi..
mungkin rezeki anak2..
Ya Allah.. lindungi mummy..
semua mummy lakukan untuk anak2 demi Allah..
Alhamdullillah..bukakan ruang luas permudahkan aku Ya Allah..
baru2 ini mummy kunjungi satu rumah di kawasan ini.. kesiannya.. ibu sakit kronik.. anak terlantar bertahun2 juga sakit saraf..tinggal bersamanya ialah anak2 tiri arwah suami..menyewa..punca pendapatan cuma menjahit...sudah terlantar sakit sekian lama..
ku bawa kedua anakku untuk melihat susahnya kegidupan orang lain berbanding hidup anak2 mummy.. anakku..kita tiada ketua keluarga..tapi Alhamdulillah..kita bernasib lebih baik dari mereka..
Alhamdulillah.. zakat tahun 2012 mummy mampu serahkan kepada keluarga yang memerlukan ini.. saru kepuasan Ya Allah selepas kau kurniakan padaku zakat ini untukku serahkan pada keluarga ini..
terima kasih ya Allah memilihku untuk melakukan amal ini.. ameen...