Pagi ini terima satu whatsapp : Lawatan oleh KPM Timbalan Pengarah BPSH ke SKTCD akan diadakan pada 2 November 2017.
Alhamdulillah.. untuk anak-anak TCD
Satu pertemuan telah di adakan bersama :
Anak-anak TCD - berkongsi tentang apakah peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid. Menggalakkan mereka memahami hala tuju mereka.. ke arah kemenjadian murid
Guru-guru - kita perlu tambah erat dan sepakat dalam menari mengikut rentak pendidikan hari ini. supaya lantai dan tari serta penari tidak akan disalahkan..
Kakitangan - kita bagaikan satu keluarga. Cubit paha kanan atau kiri atau cubit di mana sahaja..kita perlu merasa sakit itu bersama..
Ibu bapa - Keakraban kita dalam menuntun anak yang sama.. segerak seia sekata..sederap..
Komuniti - kita membara bersama dalam program yang dirangka untuk menunjukkan kita amat jelekit selamanya...
JPN / PPD - bantulah kami yang masih bagaikan anak kecil ini.. belum matang .. tetapi tidak pernah rasa lesu untuk terus bertatih.. bermain dan terus berlari..
Terima kasih seorang sahabat..walau kita tidak seagama.. tapi seakan sahabatku ini sentiasa menemaniku dalam susah dan senang bangunkan TCD..