DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Friday, December 25, 2020

Hadiah penutup tirai 2020

 Alhamdulillah..sujud syukur untuk rezeki kurniaan Allah SWT buat mami dan warga SK Bukit Gading. Pasukan Sir Omar yang terdiri daripada Adik Intan Irdina dan Adik Fatin Nadhirah telah diumumkan sebagai tempat ke 4 Peringkat Kebangsaan. 


Satu pengalaman baru dan pastinya tidak boleh dibeli dengan begitu mudah..


Mami bangga dengan kemampuan anak².


Terima kasih my BFF Pn Nor Haslina Mohamed aka saudara sedari kecil mami kerana memberikan peluang hebat ini.



Monday, November 9, 2020

MATEMATIK TAHUN 2 JISIM

 

Mudah saja untuk anak Tahun 2 terokai tentang jisim dalam mata pelajaran matematik.

1.       Guru menunjukkan flash card  : JISIM

2.       Makna JISIM : Ukuran yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu objek.

3.       Unit yang digunakan adalah : Gram (ringan ) , Kilogram (berat)

4.       Simbolnya adalah g dan kg

5.       Contoh : Jisim sekampit gula : 1kg

6.       Jisim bagi sebiji bawang besar ialah : 5 g

7.       Jisim disukat dengan menggunakan alat penimbang : penimbang digital atau penimbang biasa.

8.       Guru menunjukkan video tentang JISIM  https://youtu.be/jROL-JgkOUI

9.       Aktiviti di rumah : murid menyukat objek , dan menyatakan jisim.

10.    Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.


Murid menunjukkan hasil yang siap.

Bil

Objek

Jisim

Unit

1

Sudu

2

 

2

Gelas

 

 

3

Pinggan

 

 

4

Gula

 

 

5

Ubat gigi

 

 

6

Minyak

 

 

7

Sabun

 

 

8

 

 

 

9

 

 

 

10

 

 

 


Jom, sama sama buat. Mak ayah jangan lupa bantu ya...

SEMOGA BERJAYA MEMAHAMINYA.

Monday, September 21, 2020

Tenang ..


 Assalam.

Salam tahajjud yg diakhiri dgn salam subuh di pagi yg cukup hening..


...panjangnya aturan sedih, kecewa, suka dan bahagia yg kau kirimi mami Ya Allah..


...hanya padaMu Ya Allah tempat ku meluahkan segala rasa yg ku tanggung..


..kecintaan pada insan tersayang di sekelilingku..

Sayangkan bapa kpd anakku..

Sayangkan anak2ku..

..hingga ku redha segala dgn cukup tenang..


..ku nantikan saat utk benar² bahagia..

..yg akhirnya ku sedar bahawa bahagia itu sangat subjektif..

..apa yg mami lalui dan rasa bahagia.. ITULA BAHAGIA..

..ia bersifat sementara, tidak kekal lama..


..perjalanannya masih begitu..

Lorong lorong duka masih tidak tinggalkan walau seinci saratnya..


.. maka pilihan yang ada ialah nikmati dengan tenang.


Permudahkan segala urusan mami ini Ya Rahman..


Bahu ini tidak gagah..

Tapi kudrat bersisa harus kental..


Masa depan yg ada bukan milik mutlak walau harapan tinggi melepasi gunung..


Bangkit bersolat dan bercerita kepada Maha Pencipta.. agar yg kusut itu terlerai.. yg diimpikan tercapai..


Mungkin mami wira yg tidak didendangkan..

Pejuang kebahagiaan yg lalui jalan sempit dan sukar..


Sujud syukur padamu Ya Illahi..


Apa yg ada hari ini..harus dinikmati tanpa bertanya kenapa..bila..bagaimana.. siapa..di mana..kerana segalanya telah tertulis di Long Mahfuz... 


Mami sujud ke sekian kalinya.. mohon rahmat dan bahagia yg ada ini tidak tinggalkan kami..

Aamiin ya rabbal alamin..

TERIMA KASIH YA RAHMAN..


senyum dan airmata mengalir lesu...

Saturday, August 29, 2020

Bahagia itu subjektif

 Teruskan berlari dgn penuh redha..

Mami boleh...


Tetap senyum.. 

hadapi KEMERDEKAAN semua kemelut... SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN 31 OGOS 2020 daripada mami.. 


Nikmati setiap detik yang ada. Bilamana kita permudahkan urusan org lain.. Allah permudahkan urusan kita. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, August 22, 2020

Musim cuti datang lagi

 Cuti kali ini..mami layan hasrat hati abg aish utk masuk kelas memandu.. okey..mami doakan abang berjaya. Terasa baru semalam lahirkan kamu... hari ini dah nak buat lesen kereta.. thank u Allah..

Monday, August 3, 2020



 Persis mutiara..
persahabatan yang begitu indah.. seoramh kakak, seorang ibu, seorang teman setugas, malah seorang anak buah yang sangat disayangi..
terima kasih cikgu Hjh Wan Zainab W Husain kerana menjadi Penolong Kanan Pentadbiran mami di SK Tok Che Dol dengan penuh karisma.

perjuangan kita bersama akhirnya sampai ke noktah akhir.
maafkan segala kesilapan mami semasa kita bertugas bersama. semuanya adalah untuk kebersamaan.
Kenangan terindah kita berdua kekal diingatan.

Menghargai sahabat yang pernah banyak membantu mempermudahkan segala urusan mami.
Walaupun kita bukan dibumbung yang sama, tetapi ukhwah kita ibarat air yang dicincang tidak akan putus.
semoga sahabat mami semua dalam lindungan rahmat Illahi.
Kenangan bersama arwah KS Nubli yang merupakan seorang yang sangat prihatin dan sangat menyokong ke arah kemjuan sekolah dan kemenjadian murid.

Jasanya tidak akan dilupakan terutamanya di saat mami ingin selesaikan beberapa urusan yang sangat mustahak.

ALFATIHAH buat Arwah KS Nubli. Semoga segala dosanya diampunkan dan beliau ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

malam ini banyak pulak masa mam ada. boleh share antara ukhwah dan kasih sayang kami di bumi tok che dol. ianya lahir dari hati. kerana kita suka dan kita boleh hadiahkan kegembiraan kepada orang lain.

rindu saat bersama kalian.
Sejarah dan kenangan sewaktu menjadi Guru Besar di SK Tok Che Dol.
Program Jana Banana menjadikan murid dapat melihat realiti kemenjadian pisang dan juga kemenjadian mereka Untuk berjaya memerlukan sokongan yang sangat padu dari semua pihak.
Membuahkan hasil yang baik untuk semua.
Norma kehidupan mereka lalui dan mampu membuat perbandingan sebelum, semasa dan selepas.

Kenangan indah bersama kalian tetap segar diingatan,.

Sunday, August 2, 2020

BEST TRIP TO myIPO



Dalam hidup ini..
hanya kita yang tahu apa keputusan yang kita harus buat..
yang lain cuma mata memandang..
langkah itu..kita yang hayun dan perlahankan.. atau tamatkan..
moga Allah kurniakan yang terbaik untuk kita..

konsert o konsert

Perjalanan seharian merentasi daerah.
Bermula jam 9.45 pagi kami turun untuk ke Pasir Puteh hantar abang Aish. Akhirnya jam 6.30 ptg baru sampai rumah.

What a long hours to drive.
Penat.

Abg aish telefon mami dan bagitau dah sampai di Kolej.

Sama jarak kita. Mami rentas daerah. Abe Aish rentas negeri. Tempoh masa sama untuk sampai ke destinasi.

Balik rumah adik terus nak makan nasi. Lapar katanya. LONG JOURNEY.

Saturday, August 1, 2020


DERITA BERSULAM KASIH ILLAHI..

Bagaimana kan ku mula.. apakah kata2 untuk ku berbicara..

Tiap apa yg berlaku.. dimana atau apa dan siapa..

Luluh getar hati ini..di saat impian bertukar jadi nyata..

APAKAH IMPIAN ITU..
...ingin melihat yg lain mampu tersenyum.
...yg muda atau yg lebih berusia..
...anak kecil yg belum petah bicara..
...atau ibu tua yg tidak tahu tujunya kemana
...mungkin jua ibu sepi bersama anak 8 yang belum mampu bekerja..

HEBATNYA KASIH ALLAH BUAT TULIP PERINDU..

sehari sebelum menjelang Aidil Adha..
...tak terjangka dek akal..
...minda bawah sedar menepuk khayal alpa..
...datangnya mereka mereka itu bawa seribu rahmat buat yang layu menunggu satu harapan yg makin rapuh dan pudar..

BESARNYA KUASA MU YA RAHMAN..

Usai Dhuha..beralih kepada baris baris Qalam Allah.. 3 hari lalu mami kongsikan penderitaan di muka buku ini.. buat tatapan dan ketukan kasih Illahi kepada fisabilillah.. pejuang kasih Allah.. perjalanan singkat ini menuju bertamu di negeri Abadi..

43 TAHUN MASA BERLALU..
.. apakah bakinya masih sejauh perjalanan yg telah direntasi dengan suka duka perit jerih yg dikosongkan dr pandangan manusia lain..

KEAJAIBAN USAHA..TAWAKKAL DAN PERCAYA..

..benar.. Aidil Adha kali ini telah ringankan banyak beban yang lesu..

Sujud syukur padamu Ya Rabb..
Mami bukan siapa2...
Hanya menjadi PERANTARA kebahagiaan insan yang memerlukan..

TERIMA KASIH SAHABAT YG MENGERTI erti pengorbanan hidup ini ke arah membahagiakan MEREKA YANG TIADA PUNYA KUDRAT JUA RINGGIT..
..keluh kesah mereka tidak kita dengari..
TAPI SENYUM MEREKA PANCARAN CAHAYA MENDUNG YANG BERLALU PERGI..

TERIMA KASIH YA ILLAHI KERANA HADIRKAN CAHAYA BUAT YANG MEMERLUKAN SINAR KESEKIAN KALINYA..

coretan hati Mami Aish..
Tak terluah TERIMA KASIH SAHABAT..
BANTU MEREKA DAN AKUI MAMI HANYA PERANTARA ANTARA KALIAN..

Kalau tidak hari ini ..bila lagi?
Kalau tidak kita.. siapa lagi?
Kalau tidak begini..bagaimana lagi?

Permudahkan perjalanan kami tuk balik kepadaMu Ya Illahi Ya Rahman Ya Rahim..

Monday, July 13, 2020

Jadilah kita pemilik mata lebah.. melihat manisnya bayu alam yg dihadiahkan agar kita kenal erti syukur. Kadang ada antara kita menahan duka dalam mengukir senyum..








Thursday, July 9, 2020

Semoga Tuan KPPD sentiasa dalam kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim..

Mempunya seorang pegawai yang sentiasa memotivasikan rangkaian organisainya adalah merupakan satu anugerah indah dari Allah.

Prinsip bekerja yang berbeza ke arah matlamat organisasi yang berkualiti merupakan iltizam beliau yang sangat hebat.

Berdiri sama tinggi.
Duduk sama rendah.
Jawatan adalah perantara tugasan.
Amanah yang digalas bersama dijunjung dengan penuh hemah.

Moga tuan bahagia, gagah dan tabah dalam melalui liku pancaroba dunia pendidikan norma baharu.

Kita lakukannya bersama dengan panduan bijaksana daripada tuan.

Ombak kita aluni.
Sungai kita terokai.
Gunung kita gagahi.
Alur kita tempuhi.
Padang pasir kita rentasi.
Kerana kita tahu..
Destinasinya cuma di situ.
Di hujungnya adalah fisabilillah.

Bukan jadi beban.
Kerana waktu dulu kita yg memilih tugasan mulia ini.

Pastinya sokong kita membawa tuah.
Jolokan kita tidak membawa rebah.

TERIMA KASIH TUAN.


Moga pimpinan Tuan yang hebat berikan mami segala kekuatan dalam bergelar pejuang kepimpinan pendidikan.



Wednesday, July 8, 2020

DARI MATA TURUN KE HATI

Catatan : KS PN SITI NURJIHAN


Untuk membina bukan kerja mudah & tidak semua orang mempunyai rasa untuk membina sesuatu yang baharu @ perubahan.

Namun untuk meruntuhkan suatu binaan cukup hanya dengan satu tolakan jari sahaja binaan tadi akan hancur berkecai.

Bermula dengan Sumbangan PERKAFA kepada Guru KAFA Tanah Merah seterusnya bermesorat mengenai perancangan PERKAFA.

Selesai jam 11.45 pagi bergerak ke Sek Keb Bukit Gading, kemudian Sek Keb Bukit Durian dan berakhir di Sek Keb Ipoh.

Hari yang cukup memenatkan dengan jadual hari ini namun saya berasa cukup tersentuh cukup terhenyak bila berjumpa Guru Besar di Sek Bukit Gading. Insan yang hebat, berkredibiliti tinggi penuh hikmah dan amanah.

Banyak kali juga saya mengesat air mata yang di tahan - tahan. Ditambah pula bila beliau membawa saya ke Galeri Rasulullah. Subhanallah.

Insan dan ketua yang hebat sudah tentu melahirkan guru-guru dan murid yang hebat.

Bilik Guru KAFA yang hanya berasal dari sebuah stor namun bila saya masuk sekali lagi airmata saya bagaikan nak mengalir namun ditahan. Cukup kemas, tersusun dan bersih.

Allahuakbar, pengalaman yang hebat. Disinilah saya dapat buat kesimpulan bahawa perjalanan KAFA bukanlah susah dan sukar namun ianya menjadi sukar dan penuh masalah jika anda yang mencorakkannya sedemikian rupa.

Terima kasih Penyelia KAFA Tanah Merah kerana membawa saya bertemu Guru Besar hebat ini.

Monday, June 15, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN

Esok kembara kami bermula.... ke Pulau Mutiara untuk menjenguk seorang sahabat istimewa walaupun berlainan agama dan bangsa.

Pelbagai perasaan muncul...terasakan dilema...
cabaran Pendamik ini turut menjadikan mami dan anak anak terbatas pergerakan dan kepercayaan kepada tahap kebersihan dan keselamatan.

Hari ini keluar untuk membeli bekal makanan dan minuman agar hari esok tidak perlu kami menyinggah. Nak berhenti di R&R pun rasanya tidak yakin.

Moga Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan kami. In shaa Allah.






Sunday, March 22, 2020

SAHABAT YG SUKAR DICARI...

Satu dalam 1000...
Kita berteman bukan 10 tahun..
Tapi kasih kita adlah kiriman Illahi..

Diuji..menangis dan tawa bersama..
Pengalaman kita mendewasakan..

Doakan ibu Rohana.. agar kita sentiasa mendapat rahmat Allah yg tak pernah surut....

TERIMA KASIH ALLAH..

Saturday, March 21, 2020

Moga Covid-19 lenyap sepenuhnya

Hari ini hari ke 4.. PKP..

Ada rahmat disebalik dugaan besar seluruh dunia saat ini. Bukti kebesaran Allah Yang Maha Segalanya.

Jauh di sudut hati mami.. sgt mendoakan semua igauan ini cepat berlalu..

Rindukan segalanya.
Lalui segalanya dgn tenang.
Amalan doa dan bermunajat kpd Yang Maha Pencipta.

Ampunkan kami yg alpa ini.
Bantulah kami yg sedang kebingungan ini. Berikan keyakinan dan kekuatan kpd barisan hadapan yg sedang berjuang tanpa henti saat dan waktu.

Limpahkan kasihMu Ya Illahi Ya Rahman Ya Rabbi..

Beri peluang kami umat dunia berubah kembali kepada fitrahMu Ya Allah..

Airmata ini jatuh saban waktu..
Sorotan data menyedarkan kami yg alpa..

SELAMATKAN KAMI DENGAN RAHMAT DAN KASIHMU YA ALLAH..