DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Tuesday, December 5, 2017

Menjadi Tetamu Illahi

Syukur pada setiap ujian perjalanan perancangan Mu Ya Allah..
Mummy panjatkan penuh kesyukuran atas semua rencana Mu Ya Allah..
Moga mummy berpeluang mendapat ibadah haji yang mabrur..
Ya Allah permudahkan segala urusan mummy..Ameen Ya Rabbal Alamin









Friday, November 10, 2017

Video : ( Sila Klik pada nama Program )
Program Guru Penyayang..Sambutan Hari Lahir Anak2 SK Tok Che Dol

Terima kasih kepada Kak Pah PK HEM dan seluruh JK Guru Penyayang..
Love Ensures Success

Terima kasih atas Kasih Sayang Mu Ya Allah




Ya Allah.. terima kasih atas perjalanan sukar yang telah diberikan kepada Mummy..Dalam duka.. banyak bertamu suka..yang tidak terluah..bina hubungan demi hubungan.. persahabatan.. kekeluargaan.. rasa tanggungjawab dan saling mendoakan..Banyak positif yang telah mummy kaut kerana Mu Ya Allah..Mohon akhirkan mummy nanti dengan husnul khotimah Ya Allah..

Sunday, October 29, 2017

TS25 di bumi TCD


Kenangan bersama di SK Tok Che Dol akan kekal terpahat di hati..
selamanya..
26 Disember 2014 mummy melangkah ke sini.. ditemani onak duri dan suka duka..
selusuri likuan perjalanan yang penuh pancaroba..

di sana..
ku pimpin segalanya..
di sini..
ku berdoa selamanya..

semoga ada berkat untuk kita perjuangkan diri takkala meniti titian sirat..
segalanya kerana ALLAH..

Musim cabaran datang lagi..

Pagi ini terima satu whatsapp : Lawatan oleh KPM Timbalan Pengarah BPSH ke SKTCD akan diadakan pada 2 November 2017.

Alhamdulillah.. untuk anak-anak TCD

Satu pertemuan telah di adakan bersama :
Anak-anak TCD - berkongsi tentang apakah peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid. Menggalakkan mereka memahami hala tuju mereka.. ke arah kemenjadian murid

Guru-guru - kita perlu tambah erat dan sepakat dalam menari mengikut rentak pendidikan hari ini. supaya lantai dan tari serta penari tidak akan disalahkan..

Kakitangan - kita bagaikan satu keluarga. Cubit paha kanan atau kiri atau cubit di mana sahaja..kita perlu merasa sakit itu bersama..

Ibu bapa - Keakraban kita dalam menuntun anak yang sama.. segerak seia sekata..sederap..

Komuniti - kita membara bersama dalam program yang dirangka untuk menunjukkan kita amat jelekit selamanya...

JPN / PPD - bantulah kami yang masih bagaikan anak kecil ini.. belum matang .. tetapi tidak pernah rasa lesu untuk terus bertatih.. bermain dan terus berlari..

Terima kasih seorang sahabat..walau kita tidak seagama.. tapi seakan sahabatku ini sentiasa menemaniku dalam susah dan senang bangunkan TCD..











Friday, October 27, 2017

Pengorbanan


Berat mata memandang..
tak sama dengan bahu yang memikul..
berbeza dengan mulut yang lancar berkata...
Hati yang tersakiti..
di bawa arus masa..
tidak berpaling..apatah menoleh..
kau kini makin dewasa..anakku..




Kenangan Manis Bersama Kenu









Kasihkan Kenu.. akhirnya Kenu berjaya dihilangkan oleh adiknya... hadiah Kenu buat abang kerana menjaga mummy sepanjang mummy kena 'chickenpox'.. terima kasih anakku

Senyum Tawa Beri Bahagia Buat Mummy


Masa terus berlalu.. Anak2 semakin dewasa.. Mummy semakin senja.. setiap hari adik cium mummy.. katanya rindu.. takut nanti mummy ...

Perjalanan Mummy Bersama Kemudi SK Tok Che Dol dalam TS25



































Biarkan gambar berbicara.. suka duka di bumi TCD tercinta.. yang pastinya Allah telah hantarkan Mummy ke suatu sudut kebahagiaan di situ..