DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Thursday, December 19, 2013

kosong dan kosong...

Mencatat lagi untuk kali ini...

Menunggu.. sudah tidak pasti..
Setia.. itu cerita yang berbeza..
Pasrah.. mungkin tidak lagi..
Jujur.. tetap tidak berubah..
Kasih atau kasihan..

Ya Allah... berilah yang terbaik buat kami..

Kerana.. dia sudah kosong dan tidak mungkin dapat kembali sekali lagi di atas 3 titik yg telah ternoktah..

Hapuslah airmata..
Ciptalah senyuman walau dikala berduka..

Mohon ada sinar dr Illahi..

Tuesday, October 15, 2013

aidiladha yg sepi dan suram

salam aidiladha utk anak2 mummy

Aidiladha datang lagi..
Tahun ini tak dapat mummy nak luahkan.. betapa kosong dan sepi tanpa sebarang persiapan.. mummy perlu kuat untuk anak2.
Sejak 29 ogos.. baby L warded.. kemudian mummy warded.. kemudian abg aish warded.. di hospital pakar perdana.. mummy tak buat korban lembu atau kambing pd tahun ini memikirkan keadaan kami yg tak stabil.. in sha Allah.. jika pjg usia.. tahun depan kita turut serta dlm majlis kurban ya anak2.. tahun ini kita tidak punya sesiapa utk kongsi suka duka..

Friday, August 23, 2013

bukakan pintu hatiku Ya Allah..



inilah dua jiwa lagi yg mummy ada..
bukan mudah nak melalui..
tapi..demi anak2 ini..

mummy hanya mampu yakini diri..
bahawa Allah telah menetapkan proses hidup ini..
yang ada:

Hidup atau mati
dunia atau akhirat
bahagia atau derita..
miskin atau kaya
susah atau senang
lelaki atau perempuan
makan atau lapar
ayah atau ibu..
suami atau isteri,,
jauh atau dekat..
mudah atau susah..
cepat atau lambat..
jujur atau bohong..
benar atau tipu..

moga satu masa nanti..
Allah akan sediakan seorg ayah..suami yg terbaik utk kami..
ameen..

Ya Allah.. sayangi daku dan anakku..

Kadangkala letih.,
kadangkala keliru..
kadangkala terlalu doakan sesuatu yg ajaib akan berlaku..

Lama juga tak mencatat..
cerita yg sama..
kesukaran yg sama...

sibuk dgn bisnes bulan puasa.. serunding keluaran berkat ummi nzh ent.

Wednesday, July 17, 2013

yang terindah hanya sementara



salam subuh yang indah selepas sahur..

rasa mcm semlm segalanya berlaku..
perjanjian yg dijaga rapi juga telah tamat 2 bulan yang lalu..
kini..
mummy perlu bina banyak kekuatan dan terus usaga tanpa jemu utk yakin bahawa mummy bukan hidup di alam cinderella..atau aladdin..
dan kini sudah lebih setahun perceraian itu berlaku..

angkara manusia lain.. mummy menderita..
anak2 menjadi mangsa..
manusia lain tepuk tangan ketawa..hinakan kegidupan kami..

in sha Allah..doa org teraniaya dan dizalimi akan termakbul dgn izin Allah..

gembira ke dgn keadaan ini.. mungkin gembira bagi org yg sudah mati perasaan..
sedih ke dgn keadaan ini.. mungkin sedih bagi org yang anggap dunia ini telah berakhir..

bagi mummy..

ia sgt sukar..sgt sgt sukar utk diluah..
namun apa hak mummy..
hanya layak menulis di paparan ini demi tatapan anak2 satu masa nanti..
mengapa dan bagaimana ibunya melalui semua ini..
setiap saat mummy hanyut dlm kesedihan..

sudah lama semua kepahitan itu berlalu..
sangat tidak adil jika mummy tidak keluar dr kesedihan itu sedangkan dia bahgia bersama pilihan hatinya..
Ya Allah.. pertemukanlah mummy dgn seorg yg benar2 dpt menerima 2 permata hatiku.. benar2 layak utk anak2 ini sebagai seorang bapa.. serta seorg lelaki yg benar2 dapat mengasihi mummy serta memanjakan mummy.. dan satu waktu nanti..kami sekeluarga akan dpt menunaikan umrah bersama.. ameen..

hidup tetap perlu diteruskan..

Alhamdulillah

Dah lama mummy tak update..mcm2 yg dilalui sepanjang beberapa bulan ini :

27 hingga 29 jun mummy bawa warga UK dan anak buah ke Pulau Langkawi.
terima kasih en mat dari Zam Global Holidays kerana memberi layanan yang sangat bagus..

seminggu sebelum puasa.. mummy dan adik ta serta adik da bertungkus lumus dalam memasarkan serunding tersohor dr kg laut keluaran syarikat Mummy : Berkat Ummi NZH Enterprise.. alhamdulillah hari ni dah hari ke 9 puasa..dah berjaya memassrkan lebih 400 kg.. alhamdulillah.. rezki anak2..

11 julai 2013 jam 3 ptg.. mummy terlibat ngan accident d Kg Dendang Ketereh.. now WUB 8769 Toyota Wish mummy masih berada d bengkel.. katanya lepas raya masuk utk baiki.. apapun alhamdulillah..

malam nanti mummy dan anak2 menuju ke kuantan.. bawa 1000 kotak serunding yang telah ditempah.. alhamdulillah..rezki anak2...

Thursday, May 16, 2013

jurulatih bahasa inggeris ppd TM

SALAM SUBUH..
esok mummy akan hantar abg aish ke rumah moklong.. baby L ke rumah umi..
maaf anak2.. mummy doakan anak2 sihat tanpa mummy..
..
kursus sebagai jurulatih bahasa inggeris utk guru guru pra sekolah d ppd tanah merah..

not interested but.. kerana tugas..
saya yang menurut perintah..
he..he.. boleh ker cam gitu..
adala minatnya tu walau tak 100%..

sian abg aish..
harap2 belajar berdikari tanpa mummy..
baby L..
takpala di rumah umi..

sian mummy.. jauh dari anak2..
mummy sebenarnya nak bawa diri...
tak taula..
this week.. feeling sad too much...
feel lonely..
feel nothing..

maybe.. coz i really know..
i am alone....

selamat hari guru..datang lagi utk tahun 2013..

alhamdulillah.. selesai segalanya hari ini..
selamat hari guru utk mummy dari anak2 dan murid2..

tapi.. sayu sungguh..
aku menyambut bersama anak2 tanpa org tersayang..
mungkin kerana aku tidak layak lagi untuk dihargai..

aku patut terus berusaha utk hidup dlm realiti.. siapa aku..
aku tak punya siapa..
dibuang..
terbuang...

terima kasih buat semua murid kerana menyokong mummy...
gelaran guru paling ayu 2013.. Tang mana ayu pun mummy tak tahu...
guru paling popular.. Mungkin betul kerana selalu rotan muris....

Thursday, April 18, 2013

musim yang berlalu..

seronok lihat segala yg ada...
termasuk..suka duka tangis yang telah berjaya dilalui dgn tabah..

letih..
tapi puas..
kerana...

akhirnya dapat harungi walau sebenarnya tak cukup kuat..

minggu ini..harga emas turun banyak..

ke sana sini kejar masa..
bila datang musim begini..tugas mummy beli dan beli..
bila musim harga naik..
gadai dan gadai..

staff bank.. staff arrahn..mereka senyum tgk muka ni datang lagi..

tak habis di situ..
esok lusa urusan dgn kaunter ASB..KPF.. diteruskan lagi..

mungkin rezeki anak2..
Ya Allah.. lindungi mummy..
semua mummy lakukan untuk anak2 demi Allah..

Alhamdullillah..bukakan ruang luas permudahkan aku Ya Allah..
baru2 ini mummy kunjungi satu rumah di kawasan ini.. kesiannya.. ibu sakit kronik.. anak terlantar bertahun2 juga sakit saraf..tinggal bersamanya ialah anak2 tiri arwah suami..menyewa..punca pendapatan cuma menjahit...sudah terlantar sakit sekian lama..

ku bawa kedua anakku untuk melihat susahnya kegidupan orang lain berbanding hidup anak2 mummy.. anakku..kita tiada ketua keluarga..tapi Alhamdulillah..kita bernasib lebih baik dari mereka..

Alhamdulillah.. zakat tahun 2012 mummy mampu serahkan kepada keluarga yang memerlukan ini.. saru kepuasan Ya Allah selepas kau kurniakan padaku zakat ini untukku serahkan pada keluarga ini..

terima kasih ya Allah memilihku untuk melakukan amal ini.. ameen...

Friday, April 12, 2013

Alhamdullillah.. mummy masih boleh menulis lagi..demi anakku aish...

anak anak.. dah lama mummy tak menulis.. mummy telah selamat menunaikan umrah pada 20 hingga 31 Mac 2013.. tak pergi..tak tahu..umrah bukan melancong biasa..perjalanan yg penuh dgn ibadah.. mummy berada d Madinah selama 3 malam.. setiap waktu solat berada di masjid nabawi.. ke makam Nabi.. berdoa di RUDHAH.. ziarah kubur Baqi.. berada d Mekah hingga ke tarikh terakhir..Alhamdullillah..mummy mampu buat umrah termasuk untuk nenek sekali.. setuap selepas solat..pasti ada jenazah dikeluar dr Masjidil Haram.. saat itulah mummy akan nangis terutama jika saat itu ada jenazah bayi.. hati pasti teringat akan anak2... Ya Allah..janganlah mummy diuji dgn anak2... ada beza ttg janji Allah.. solat dirumah..hanya dpt 1.. solat di masjid dpt 7..solat di tanah haram dapat 100 000.. juka ada rezeki.. mummy doa Allah kurniakan rezeki untuk mummy dtg lagi bersama anak2.. mummy sampai di kb pd 31hb..rehat 1 hari.. balik Aish Villa.. g pejabat.. rehat 1 hari..suara pun xder.. then drive to Kuantan bersama 9W2KYD..kak yah kelewek35.. pergi subuh..balik sampai umah Isya.. penatnya.. hari jumaat 4hb..kita semua warded di Pakar Perdana KB.. mummy very exhausted.. abe sakit mata n demam panas.. adik cirit dan demam panas.. kita dimasukkan dlm bilik yg sama.. mahal sikit tak apalah anak2.. asalkan kita tak susahkan org.. mummy drip..abg drip..adik drip.. time nak uruskan adik..berselirat wayar.. tak apalah anak..mummy dah biasa uruskan semua ini.. Allah dah rancang segalanya untuk kita.. mungkin org luar nampak kita susah..tapi kita mampu laluinya.. terima kasih anak..

Monday, March 11, 2013

baby L warded lagi..

Rahsia di sebalik semua ini.. hanya Allah yang lebih tahu.. 20 Mac 2013..mummy akan berangkat ke Tanah Suci.. Sejak 9 Mac.. baby L masuk wad d hospital pakar perdana KB.. sejak itu jugalah abg Aish tak sekolah.. hingga hari ini..masih di sini.. mummy bawa viva saja.. mudah parking.. kami bertolak ke pakar perdana lepas maghrib.. baby L tak boleh dibiarkan dgn lelah selepas gagal recover di htm.. jam 12 mlm selepas tunggu bilik..barulah baby dpt good treatment.. abg aish pulak dah lapar.. bagi mummy.. semua ni dah lali.. mummy sanggup buat apa saja utk anak2 mummy.. mungkin berhari hari di sini.. ada hikmahnya.. mungkin Allah bagi peluang utk mummy bahagiakan anak2 ini sebelumummy beranglat.. Alhamdulillah.. mummy berpeluang bersama anak2.. dan.. bapa baby.. utk apa lagi mummy nak beritahu dia segala yg terjadi kepada kami.. apa yg kami lalui.. entah.. tak ada makna..kerana mummy tiada lagi ikatan.. untuk apa menyusahkan suami bidah.. untuk apa minta wang dari suami bidah.. untuk apa bercerita kesusahan ini.. tak ada makna.. kalau dia rasa bertanggungjawab.. dia buatlah.. tiada paksaan.. kerana..mummy telah banyak sedar.. untuk anak2 mummy.. semoga kekal sihat selama mummy di bumi arab.. semoga masih ada yang simpati untuk anak2 ini.. abg aish anak yatim.. kasihan dia.. tak pernah dpt rasai erti bahgia dlm satu keluarga.. .. abg aish seringkali luahkan.. dia tak sanggup lagi berhadapan dengan org yg sering marah dan sakitkan hati ibunya.. kasihan juga buat baby L.. kalau mampu dia pilih.. mungkin dia tidak mahu memilih untuk dikandung oleh ibu ini.. kerana dia juga kecewa.. hanya Allah yang tahu.. dimulut kecilnya sering berkata... 1 x alek.. tak apalah anak.. anak anak masih beruntung kerana miliki mummy.. yang ada kasih sayang melebihi nyawa sendiri.. yang membela anak2 seorg diri sejak anak2 buka mata hari pertama hingga kini.. Allah bersama kita.. kita harus tabah.. kerana dunia ini sifatnya sementara.. muda akan tua.. sihat akan sakit.. hidup akan mati.. kita hanya singgah sekejap di sini.. kita dicipta untuk diuji dan menguji.. mungkin kerana mummy belum bagus.. maka kerana itu.. anak2 turut dihukum.. entahlah.. mummy tak tahu.. doakan mummy dapat beramal dan berdoa dgn baik untuk anak anak di Tanah Suci nanti.. In Shaa ALLAH... sayangku demi anakku aish... mummy sayang anakku aish.. maafkan mummy

Tuesday, March 5, 2013

selamat ulang tahun kelahiran yang ke 56.

salam 6 mac 2013..ataupun ulangtahun usia ke 53 pd kali ini.. seperti tahun2 sebelumnya.. aku tidak pernah berpeluang untuk meraikannya.. aku tidak pernah berpeluang untuk melafazkannya.. kerana.. aku bukan sesiapa untuknya.. dalam khayalku.. tahun ini nak ku buatkan kejutan.. candle light dinner..besday..di renaissance.. nampaknya tahun ini pun sama juga.. berkubur segalanya.. tak apalah.. duhai hati.. bersabarlah.. 2 minggu lagi akan sampai masanya.. utkku sujud syukur di bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW.. terima kasih Allah kerana berikan aku 2 Aish.. sabarlah duhai hati..

Friday, February 22, 2013

pasrah..

dari mana nak ku mula..
hati sgt sayu..
jiwa sudah kosong..
mulut hanya kelu membisu..

Wednesday, February 13, 2013

KAU YANG MERUBAH SEGALANYA..
 
 
 

TIADA LAGI HARAPAN..

apa diharap padi seberang..

entah menjadi entahkan tidak..

apa diharap kasihnya orang..

walau ia telah berlalu.. selamat ulang tahun perkahwinan..

selamat ulang tahun perkahwinan.. tarikh ini tidak pernah mummy lupa... kerana pada tarikh inilah..mummy dilafazkan untuk bergelar isteri kpd YBWHWI.. tiada apa yg nak disesalkan... bersyukur kerana W M A Elman telah lahir ke dunia ini utk sinari hidup mummy dan abang aish.. 7 jun 2010. perpisahan kita menyedarkan diri mummy utk terus berdikari.. 3 hari yang lalu.. mummy telah bawa anak2 ke daerah asing... kekadang terfikir..tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.. mummy terasa sangat KOSONG... di sana.. mummy hiburkan hati bersama anakku aish.. dan ditemani anak2.. mummy telah beli semua keperluan untuk menunaikan umrah pada cuti nanti.. hari ini..juga..mummy bersama abg aish telah ke Al Quds.. insya ALLAH.. jika tiada halangan.. doakan mummy sihat... utk berkunjung ke rumah ALLAH.. pd ulang tahun perkahwinan kali ini.. tiada beza dgn tahun2 sebelumnya.. tetap kecewa.. cuma tahun ini agak terubat.. kerana mummy tahu..kau bukan milikku.. SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN. HANYA ALLAH YANG TAHU PENGORBANAN MUMMY.. KAU BUKAN DITAKDIRKAN UNTUKKU.. AKULAH WANITA YG PASRAH..DULU..KINI..DAN SELAMANYA.. BANTULAH AKU YA ALLAH.. BERILAH AKU KEKUATAN.. BERILAH RAHMATMU UNTUK MUMMY DAN ANAK2..

Saturday, February 9, 2013

biarkan kami pergi..

apa saja yg kami buat..walau ke mana saja mummy bawa diri.. masalah tetap ada.. tetap kekal di minda.. buanglah.. tinggalkanlah.. jgn kecewakan lagi..
BIARKAN AKU DGN DUNIAKU.. BERSAMA ANAKKU.. BERSAMA KETENANGAN ALAM..

langit tak selamanya mendung..

anak2..kita juga pernah bahagia.. terima kasih Allah.. holiday d hong kong..
holiday d singapore..
holiday d mana..mana..
bersama club wish n teman2 family..

terima kasih Allah..

terima kasih ya Allah memilih mummy utk diuji .. ujian dlm kehidupan.. mummy sakit..
anak sakit..
kehilangan bapa kepada anak ini..
ibu sakit..
ditinggalkan..
dan semuanya.. mummy terus bersyukur.. kerana setiap yg berlaku ada rahmat tersembunyi..

walau sakit..harus ditelan..

anak2.. Mummy minta maaf krn gagal. Mummy perlu kuat. Masa makin pendek.. Makin himpit.. Makin berlalu.. Pastinya.. Kita tak dpt pertahankan dia.. Kita akan kehilangannya.. Kerana.. Dia hanya pinjaman buat kita.. Jika nak dihitung kasih sayang yg kita ada.. Belum cukupkah lagi masa yg telah kita bazirkan hanya untuk menunggunya.. Mummy berkorban masa dgn harapan.. Dia akan kembali pd kita.. Tp.. Akhirnya kita yg hancur lebur.. Abg... Salahkah seorg isteri yg tlh dinikahi secara sah ini utk berada dsisi abang... Abg... Mummy tlh lahirkan seorg anak..APA DOSA MUMMY..

KU POHON AGAR ALLAH MENGUBAH...

YA ALLAH... TOLONGLAH MUMMY KELUAR DARI LATIHAN HIDUP YG GELAP INI.. PIMPINNYA MEMBAWA MUMMY TERUS REBAH DAN HANYUT.. BERILAH MUMMY KETENANGAN.. KELUAR DARI PALITAN KOTOR ITU.. BANTULAH YA ALLAH... LINDUNGILAH MUMMY DAN ANAK2.. JGN KERANA DIA YG KOTOR ITU TERUS KOTORKAN KAMI..

Wednesday, February 6, 2013

anak mummy..

bangunlah sayang...

bangunlah abang aish..

semalam abg aish lelah lagi.. mummy ni tak zalim sayang.. mummy nak bina ketahanan diri abang.. walau abg sdg sakit..mummy tetap minta abg siapkan kerja sekolah.. sedih mummy lihat jari abg menggigil bila pegang pensil.. tapi abg.. mummy nak latih diri abg supaya jgn kalah dgn alasan.. mummy tahu anak2 mummy kuat... hidup ini perlu berdikari... jgn cepat tunduk pd halangan.. mummy yakin anak2 mummy telah mummy latih dgn kental.. anak2 mummy sudah biasa jatuh bangun tanpa dipimpin bapa sejak dari kecil hingga saat ini.. abg.. satu masa nanti.. abg akan dewasa... abg akan faham... terima kasih abg aish kerana jadi anak mummy.. jadi peneman mummy..

perjalanan ini...

tiada siapa yg tahu..
ALHAMDULILLAH... TERIMA KASIH ALLAH.. pagi ini ada majlis sambutan Maulidurrasul di UK..bukan united kingdom... dibumi ulu... sekurang2nya mummy jua muslim sejati yg inginkan agar Nabi Muhammad SAW diselawatkan.. indah sungguh laungan selawat.. sayang sekali..hajat nak buat majlis di AISH VILLA tahun ini juga tidak kesampaian.. insya Allah .. satu masa nanti akan sampai masanya. tujuan mummy utk buat majlis di rumah adalah utk sama2 memberi pendedahan kepada anak2 ttg nilai kehidupan muslim. mengharapkan anak2 akan terdedah dgn kebaikan.. anak2 kecil ini hanya di dalam rumah ini bersama mummy.. maka.. apa salahnya jika anak2 ini diberi kegembiraan mendengar laungan selawat di dalam rumah sendiri oleh tetamu yg ada. tak salah kan.. itulah ketidakadilan manusia... hanyut dalm sibuk.. hanyut dalam takut.. hanyut dalam kedekut.. hanyut dan terus hanyut.. takpalah abg aish..baby L.. ada rezeki..kita buat sambutan maulidurrasul di villa ini..nanti..