DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Tuesday, November 17, 2009

17 November 2009 , PWTC KL, hari gembira buatku..


Hari yang paling indah untuk tempoh perjalanan 2009.. Hari ini, 17 November 2009, Selasa, PWTC, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur...


Tak terucap dengan kata-kata.. tiada ayat yang terbaik untuk diluahkan..hari yang amat bersejarah dalam tempoh bergelar pelajar.. hari ini telah disebut sebagai Bekas Pelajar..di Open Universiti Malaysia..dengan pencapaian 3.55, itulah hadiah yang mampu kuberikan untuk anakku AISH. Bermula detik Jan 2005, satu keputusan telah mummy buat untuk menyambung pelajaran kerana saat itu, satu kekosongan dalam meniti kehidupan perlu diisi dari hanya mengingati lembaran duka sepi sekeping hati seorang ibu ... yang mummy miliki saat itu dan hingga kini adalah anak mummy AISH... jatuh bangun, kesibukan menghadapi pelajaran dan peperiksaan serta tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera , dan kesibukan menghadapi tugasan rutin di JPN K.. tidak pernah mematahkan semangat mummy untuk terus bergelar graduan. Dan .. Alhamdullillah... untuk adik AISH... hari ini mummy telah berjaya. Buat keluarga kita, mummy perlukan sokongan yang amat banyak untuk mummy teruskan usaha dan semangat mummy yang tidak pernah luntur bagi menyambung pengajian mummy ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. terutamanya bakal mummy lalui pada Disember 2009 nanti. Semuanya akan kita ulangi lagi pada 2012. .. Masa itu adik dah besar. Doakan mummy berjaya. Dan mummy juga sentiasa doakan agar anak mummy akan mengorak langkah dan menjejaki kecemerlangan mummy... One Day We Will Be There... it's my promise...

Thursday, November 12, 2009

adik... tahniah!!

Mummy rasa nak timang timang anak mummy ..macam adik masa kecik kecik dulu... 17 November 2009 nanti...tibalah masanya kita berkongsi saat manis setelah hampir 4 tahun mummy korbankan kebahagiaan kita dengan memberikan sepenuh tumpuan pada pengajian mummy... Insya Allah adik..walaupun agak lewat untuk mummy..namun mummy masih lagi menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran M.A pada hujung tahun ini.. moga kita masih boleh berkongsi sekali lagi kebahagiaan... 4 tahun yang lalu sewaktu adik berusia 1 tahun.. siang malam terutamanya di musim peperiksaan, mummy tak dapat nak bergurau senda dgn anak mummy dalam tempoh yang panjang.. masa itu , adik dah mula pandai merangkak.. ambil itu ini... tapi Allah itu Maha Segalanya, walaupun kita tiada sesiapa, tapi.. kita juga tidak memberikan kesusahan kepada sesiapa.. dan mummy amat amat bertuah kerana mempunyai seorang anak kecil yang amat amat memahami seorang yang bergelar mummy AISH... kini..adik dah berusia 6 tahun.. minggu depan kita akan ke PWTC dengan flight.. mummy risau dan kesiankan anak mummy yang sorang ini kerana adik dah berulangkali beritahu mummy adik dah takut naik flight. Adik doa hari hari lepas solat agar tiada hujan lebat.. Itulah.. lain kali adik jangan minat sangat nak tengok AIR CRASH INVESTIGATION... akhirnya..adik sendiri yang kecut perut. Tak apalah dik.. ALLAH dan MALAIKAT bersama kita... Mummy amat amat sayang kan anak mummy yang banyak celoteh ini.. mummy tahu adik minat pancing ikan.. tapi mummy nasihat.. tak usahlah... bahaya..kat semak ada ular dan entah apa apa lagi... Usahkan jauh adik pergi, tak ada kelibat 1 minit pun mummy dan puas memanggil nama adik.. Adik satu satunya Buah Hati Mummy...Kasih Sayang Mummy...