DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Monday, February 8, 2010

Dalam Memori...Kali terakhir ku lihat wajahmu..

Dalam dakapan senja .. Kurenungi sinar matamu.. Berat rasa melepaskan.. Dikau pergi.. Dingin hembusan bayu.. Lemah longlai langkah kakimu.. Lambaianmu kian jauh.. Dari mata.... Malangnya... Bencana menimpa.. Kau telah pergi untuk selamanya.. Tak kembali.. Pada saat terakhir.. Kumelihat paras wajahmu.. Kau bisikkan hanya sayang.. Kepadaku..... masih ku teringat..tanggal 7 Feb 2010, ketika kakiku melangkah turun untuk membeli sedikit keperluan anak-anakku,.. saat itu aku terdengar alunan puitis Uji Rashid.. entah mengapa, tiba tiba airmataku menitis tanpa hentisayunya kurasakan nasibku yang terpaksa aku lalui dalam keadaan yang tidak penuh keredhaan ini.. aku rasakan bahawa saat itu , aku tidak miliki apa jua sokongan kuat untukku berpaut.. dengan masa yang amat terhad 4 bulan lagi untuk ku dianugerahi amanat Allah untukku.. saat itu aku terkenang bahawa di suatu ketika dulu , aku kehilangan tempat perkongsian.. mungkin hari ini juga, insan yang kusayang untuk melindungiku YBWHWI..juga bukan milikku.. Aku sendirian menghadapi segala galanya dengan tanggapan aku kuat dan tabah. Tiada siapa yang tahu bahawa aku hampir rebah. Aku seolah olah tidak wujud dan di biarkan melayari hidup ini sendirian, susah atau senang. Ya Allah, dalam perjalanan ini, aku hanya pohon padamu.. semoga aku dikurniakan anak2 yang terbaik dan mampu membahagiakan aku. Permudahkanlah perjalanan hidupku. Berkatilah dan rahmatilah aku. Aku perlu kuat untuk anak-anakku walaupun tidak untuk diriku..