DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Monday, March 11, 2013

baby L warded lagi..

Rahsia di sebalik semua ini.. hanya Allah yang lebih tahu.. 20 Mac 2013..mummy akan berangkat ke Tanah Suci.. Sejak 9 Mac.. baby L masuk wad d hospital pakar perdana KB.. sejak itu jugalah abg Aish tak sekolah.. hingga hari ini..masih di sini.. mummy bawa viva saja.. mudah parking.. kami bertolak ke pakar perdana lepas maghrib.. baby L tak boleh dibiarkan dgn lelah selepas gagal recover di htm.. jam 12 mlm selepas tunggu bilik..barulah baby dpt good treatment.. abg aish pulak dah lapar.. bagi mummy.. semua ni dah lali.. mummy sanggup buat apa saja utk anak2 mummy.. mungkin berhari hari di sini.. ada hikmahnya.. mungkin Allah bagi peluang utk mummy bahagiakan anak2 ini sebelumummy beranglat.. Alhamdulillah.. mummy berpeluang bersama anak2.. dan.. bapa baby.. utk apa lagi mummy nak beritahu dia segala yg terjadi kepada kami.. apa yg kami lalui.. entah.. tak ada makna..kerana mummy tiada lagi ikatan.. untuk apa menyusahkan suami bidah.. untuk apa minta wang dari suami bidah.. untuk apa bercerita kesusahan ini.. tak ada makna.. kalau dia rasa bertanggungjawab.. dia buatlah.. tiada paksaan.. kerana..mummy telah banyak sedar.. untuk anak2 mummy.. semoga kekal sihat selama mummy di bumi arab.. semoga masih ada yang simpati untuk anak2 ini.. abg aish anak yatim.. kasihan dia.. tak pernah dpt rasai erti bahgia dlm satu keluarga.. .. abg aish seringkali luahkan.. dia tak sanggup lagi berhadapan dengan org yg sering marah dan sakitkan hati ibunya.. kasihan juga buat baby L.. kalau mampu dia pilih.. mungkin dia tidak mahu memilih untuk dikandung oleh ibu ini.. kerana dia juga kecewa.. hanya Allah yang tahu.. dimulut kecilnya sering berkata... 1 x alek.. tak apalah anak.. anak anak masih beruntung kerana miliki mummy.. yang ada kasih sayang melebihi nyawa sendiri.. yang membela anak2 seorg diri sejak anak2 buka mata hari pertama hingga kini.. Allah bersama kita.. kita harus tabah.. kerana dunia ini sifatnya sementara.. muda akan tua.. sihat akan sakit.. hidup akan mati.. kita hanya singgah sekejap di sini.. kita dicipta untuk diuji dan menguji.. mungkin kerana mummy belum bagus.. maka kerana itu.. anak2 turut dihukum.. entahlah.. mummy tak tahu.. doakan mummy dapat beramal dan berdoa dgn baik untuk anak anak di Tanah Suci nanti.. In Shaa ALLAH... sayangku demi anakku aish... mummy sayang anakku aish.. maafkan mummy

Tuesday, March 5, 2013

selamat ulang tahun kelahiran yang ke 56.

salam 6 mac 2013..ataupun ulangtahun usia ke 53 pd kali ini.. seperti tahun2 sebelumnya.. aku tidak pernah berpeluang untuk meraikannya.. aku tidak pernah berpeluang untuk melafazkannya.. kerana.. aku bukan sesiapa untuknya.. dalam khayalku.. tahun ini nak ku buatkan kejutan.. candle light dinner..besday..di renaissance.. nampaknya tahun ini pun sama juga.. berkubur segalanya.. tak apalah.. duhai hati.. bersabarlah.. 2 minggu lagi akan sampai masanya.. utkku sujud syukur di bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW.. terima kasih Allah kerana berikan aku 2 Aish.. sabarlah duhai hati..