DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Sunday, June 2, 2019

raya datang lagi..

1 Jun 2019.. berlalunya satu tarikh yang makin menginjak usia mami..

Ya Allah..beri mami kuat.. airmata laju lagi pagi ini.. saat ini mami di opis.. menyiapkan apa jua tugasan yang patut..

mami tamatkan seketika.. tangan mulai menaip lagi.. keluarkan semua sebak di dada..

16 tahun yang lalu.. satu ujian melanda.. dengan usia yang masih muda.. mami bertabah dan belajar dgn dewasa..melalui dgn matang..segala kepayahan..

selagi hidup di dalam dunia, berbagai cubaan akan dirasai..
hari ini.. dimata mami seolah satu tayangan kembali.. hinggakan satu persoalan muncul : KUATKAH MAMI YA ALLAH ?..

inikah ujian..utk uji ketakwaan dan keimanan..
terima kasih Allah kerana memilih mami..

satu perjalanan tepu..hinggakan saat ini..tinggal esok satu hari sahaja lagi akan berakhirnya puasa... mami merenung diri.. apakah yang mami telah lakukan pada anak anak..

tiada perjuangan menyambut raya.. tiada baju sendiri..tiada biskut..tidak ada dalam fikiran pun.. malah mood pun tidak munculkan diri.. bantu mami Ya Allah..
berikan keindahan dalam raya yang serba sederhana utk mami dan anak anak..
apakah pembohongan lagi yang mami harus lakukan untuk perlihatkan wajah gembira.. menyembunyikan wajah duka..

Aidilfitri yang syahdu....
mami tahu Ya Allah..
telah hadiahkan mami anak anak yang hebat..
anak yang tak pernah merungut..
anak yang tak pernah membanding beza..
anak yang tak pernah mempertikai kemampuan ibunya..
anak yang tak pernah mempersoalkan kemampuan ibunya..
anak anak yang tak pernah bertanya mana ayahnya..
anak yang tak pernah mempersoalkan apa yang mereka ada..

dan mami bertanya pada mu Ya Allah..
mencari silap diri..
adakah satu silap bilamana mami sentiasa tidak memperjuangkan hak mami..
hak mengandungkan seorang lagi anak kecil selama 9 bulan sendirian..
hak membesarkan anak hingga kini berusia 9 tahun keseorangan..
sepasang baju melayu pun belum anak sarungkan ke badan.. ..
bukan mami tidak mampu sediakan Ya Allah..
tetapi.. betapa tawarnya hati mami ini Ya Allah..
seorang anak yang dipinggirkan..oleh penama dihujung namanya..

apakah ini bukan satu pengorbanan Ya Allah.. inilah rasa kehilangan..inilah hakikat kesedihan..
melihat erti tanggungjawab yg dilaksana oleh seorang pendita.. kecewa itu hadiah utk mami yg dilukakan.. kita makin senja..

moga hari esok adalah hari yang lebih baik dan sempurna untuk mami dan anak anak..
rahmati kami Ya Allah..
hadiahkan kami kasih sayangMu..
Dunia ini pentas ujian.. perjalanan sepi ini mami tempuhi sedaya seupaya..




Wednesday, March 6, 2019

kembara kehidupan..

kamu kata kamu kenali mummy..
apa yang kamu kenal..

kamu kata kamu menasihati mummy..
apa yang kamu nasihati..

kamu kata kamu sedang menyokong mummy..
apa yang kamu sokong..

kamu kata kamu kasihan pada mummy..
apa yang kamu kasihani..

kamu kata kamu ingin lihat mummy juga bahagia..
apa bahagia yang kamu tafsirkan..

mungkin dalam perjalanan kehidupan ini, kamu memang belum arif tentang mummy..

kenapa? 
kerana kamu tak pernah berkongsi cawan dengan mummy
kerana kamu tak pernah sebantal dengan mummy
kerana kamu tak pernah tahu walhal warna kesukaan mummy..

tapi kenapa kamu rasakan kamu hebat??
dan kamu sempurna..

kerana kamu selalu fikir kamu hebat segalanya..

duhai teman.. memang mummy diuji..
tetapi kamu lupa..sebenarnya kita diuji bersama..

kamu diuji..adakah kamu layak menjadi sahabat dikala mummy berduka..
hakikatnya.. : KAMU GAGAL

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Alhamdulillah..sujud syukur padaMu Ya Rahman..

Terima kasih insan yang telah melorongkan mami untuk mencari slip gaji kedua..
dalam kepayahan bergelar seorang usahawan, hadirnya seorang kakak dan seorang adik yang tidak pernah henti memberikan tunjuk ajar tanpa jemu..

Kita menapak satu persatu,
setiap kali jatuh,
setiap kali itu kita menapak untuk terus gagah bangun,

kalau usaha niaga sebelum ini, kebanyakannya wajib berusaha dari mendapatkan, mengambil, membekal, semuanya dilakukan sendirian. Dan ianya tidak lama.

Kali ini, inilah hadiah dari Allah buat kami.

Kami tiada sesiapa untuk meminta, hanya Allah tempat mengadu.

Menjadi seorang usahawan yng cukup fleksible.
boleh memilih waktu sendiri,
tidak perlu bawa barang ke sana sini,
tidak perlu promosi begitu begini,
malah boleh rehat apabila sedang amat sibuk dengan hakiki.

Malahan paling istimewa, mummy mampu kongsikan dengan anak anak yang memerlukan.
Ia benar, rezeki tak pernah salah alamat.

Terima kasih Allah beri peluang untuk mummy jadi usahawan.

Saturday, February 9, 2019

Saat berharga bersama..

Anakku..
Tiada yg lebih baik selain dpt bersama denganmu. Indahnya bila hajatmu dapat mami penuhi.

Alhamdulillah.. walau kita keluarga kecil..tapi kita mampu  bina bina bahagia bersama.

Cepatnya kalian membesar.. terasa baru semalam lahirkan anakku..


teruskan pengajian bab 2 anakku


Kasihnya mami.. membawa ke syurga..
Kasihnya anakku.. masa beredar..
Memenuhi apa hajat di hati anak.
Moga hari ni mami lebih kuat.
Dijangka abg aish akan balik lagi pd bulan Mac nanti. Mami doakan abg aish seronok di KV Kuantan dan berjaya capai cita cita nak jadi underwater welder . Dan moga Allah kurnia mami usia yg berkat dan dan re yg sentiasa mengalir bagaikan air dan melimpah hingga mami mampu sedekahkan pd yg layak menerimanya. Terima kasih Allah hadiahkan anak anak ini sebagai peneman mami dunia dan akhort..

Sunday, February 3, 2019

Penglibatan AJK PIBG dan PIBK..

Tahniah dan terima kasih..


kita bersama bangunkan anak anak kita..yang lena..

kita hulurkan tangan .. sama berpaut untuk cipta satu kekuatan bersama



ibu rohana yang tidak pernah jemu bersama mami


sokongan PDRM dalam setiap program kami,,

anak anak permata yg harus digilap..

We Win Free Shopping Programme

Alhamdulillah.. anak anak berbakat di Pentas anak pintar.. aktif dalam semua yang mereka mahukan.. mami hanya sediakan hadiah untuk semua..

Tahniah anak anak.. u make me proud of u..


Mami hanya jalankan tugas kerana Allah demi kemenjadian anak anak TCD



Di sin kita hadir bersama... semarakkan segalanya..

Selamat Ulang Tahun anak anak TCD

Setiap tahun kita tidak pernah ketinggalan meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran semua murid SKTCD yang diadakan sebanyak dua kali setahun.
 mami proud of semua AJK yang telah bertungkus lumus..especially Kak Pah  PK HEM and team.


Jom..mami suapkan...

anak seronok mami bahagia..

Sukan Tahunan Kasih Sayang Menghasilkan Kejayaan Tahun 2018

Tahniah kpd semua yg telah menyumbang tenaga hingga berjaya zahirkan Kejohanan Sukan SKTCD. I love u all very much.

Rumah ALZA

Rumah BEZZA

Rumah MYVI

Rumah ALZA

Kolokium TS25 Tahun 2018, JPNK Tunjung hingga ke UKM Bangi.

Tahniah adik dan semua anak anak TCD Tahun 2018 kerana berjaya menzahirkan diri dalam perjuangan TS25. Alhamdulillah pencapaian yang sangat membanggakan. Pameran, Persembahan dan Pembentangan Kertas kerja oleh Guru Besar Zuriani. Satu team  yang sgt membanggakan.



Tahniah Kumpulan sokongan ibu bapa yang turut membuat persembahan.

Adik elman turut jadi peserta cilik utk beraksi di pentas JPNK Tunjung, kota bharu.

Pameran yang berjaya. Alhamdulillah.

Persembahan yang memukau. I love u.

Pn Anida SIC yang banyak memberi kekuatan kpd kami..

Huda yang telah berjaya ke peringkat Kebangsaan. Tahniah anakku Huda.

PBL yang berjaya.. anak anak Tahun 5.