DUNIA INI HANYA SEMENTARA..

CATATAN INI MUMMY TUJUKAN PADA AISH PERMATA HATI MUMMY... ABANG DAN ADIK..MOGA SATU MASA NANTI .. ANAKKU AISH AKAN MENGERTI SEGALANYA.. JODOH..AJAL..MAUT..REZEKI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN..
PERCAYALAH ANAK... MUMMY TELAH BUAT YANG TERBAIK HINGGA SAAT MUMMY HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.. DEMI ANAKKU AISH..

WALAU ANAK2 MUMMY HANYA MILIKI MUMMY.. KITA TETAP BAHAGIA.. SUSAH SENANG KITA BERSAMA.. HUKUM ALLAH LEBIH TERBAIK DRPD HUKUM MANUSIA.. DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK KITA.. KASIHKAN MANUSIA..MANUSIA AKAN PERGI.. KASIHKAN ALLAH..KEKAL ABADI.. INSYA ALLAH..
SELAMANYA..MUMMY SAYANGKAN ANAK2..DARI SEBESAR TAPAK KAKI 2 JARI HINGGA SAAT INI.. TERIMA KASIH ALLAH...
.zuriani6336@gmail.com 0199156336

Saturday, September 4, 2010

Anak kita

sedih bila mengenangkan pagi raya abang tiada. Namun , siapalah kami untuk meronta. Ibu bapa lain sibuk sediakan anak, mandikan anak, solat berjemaah, makan pagi bersama, berkereta bersama ke masjid, mendengar khutbah bersama, pulang bersalaman, makan biskut, layan karenah anak-anak... TAPI... maafkan mummy anak-anakku.. Satu masa nanti , bila anak-anak mummy dah dewasa dan menjadi ibu bapa, fahamilah sayang anak-anakku, bahawa tiada ibu bapa di dunia ini yang inginkan kedukaan untuk anak-anaknya. Mummy cuba utk wujudkan suasana raya... anakku sayang.. bila kalian tidur, saat itu sayunya hati mummy hanya ALLAH yang tahu..betapa anak-anak mummy dahagakan kasih seorg bapa. Bersyukurlah anak-anakku kerana mummy masih hidup untuk menyikat rambutmu dan membancuh susumu...