Alhamdulillah. Tahniah team Aero Trans Robotik SK TCD dan abg Aish atas penyertaan dan perolehi sijil antarabangsa . Terima kasih Abe Man Pergio JPNK. Pengalaman 3 hari 2 malam adalah satu pengalaman yg sgt berharga. Kami bertolak pada jam 11 pagi dr flyover Machang. Singgah jamu selera di Gua Musang. Sampai di SOGO menikmati makan malam pada jam 8 mlm di SOGO. rezeki anak anak. Bersama kami ada 2 peserta dr KVTM. Terus ke penginapan di Bangi.
Seawal pagi esoknya kami ke Putrajaya utk bertanding. Debaran makin terasa. Seharian di arena memang sangat memberikan banyak pengalaman. Abg Aish menang 2 stage dan 2 checking. Nasib tidak menyebelahi abe aish kerana robot miliknya makin condong ke belakang menyebabkan spesifikasi ukuran berubah.
Kami terima segalanya. Pada jam 8 malam.. kami terus ke Alamanda utk makan malam. Utk hiburkan anak anak.. kami bawa pula anak anak ke I-City Shah Alam.
