Sekian lama tidak mencatat..
Tangisan seorang guru besar.
Khamis 23 Mac 2017 Kehilangan seorang Anak Murid Tahun 5A Nik Suhaili kerana demam on off sekian lama.
Waktu jenazah tiba jam 4 petang itu, mummy masuk ke dalam ruang rumahnya. kelihatan seorang ibu bersama anak kecil usia 7 tahun di sisinya. Ibunya menderita stroke.
Rupanya anak itu adalah anak yang bedikari menguruskan hidupnya.
Bergenang airmata ini.. bila merenung diri..apakah aku sudah cukup benar2 menjadi seorang ibu buat anak anak di sekolah ini.
Hari ini.. 26 Mac 2017, aku didatangi ayah dan abang arwah murid ku.
Datang nya dengan membawa nota yang telah ditulis oleh arwah.
Arwah menulis .. dia ingin hadiahkan rakan baiknya pensel tekan.
Abangnya begitu bertanggungjawab.. menghadiahkan sehelai sejadah bagi semua murid dalam kelas arwah adiknya ini. Arwah Suhaili umpama suluhan buat anak-anak yang lain yang akan berjuang dalam UPSR Tahun 2018.. Arwah menantikan kejayaan rakan-rakannya..
menitis laju airmata kami saat itu..
Semoga damai kau di sana ...sayang...menjadi anak syurga
New Movement Empowers Cyclists and Motorcyclists to Personalize Their
Journeys Through Custom Canvas Panniers
-
*United States – May 21, 2025* – A rising wave of enthusiasm is sweeping
through the cycling and motorcycling communities, as more riders embrace
the art...
3 days ago