akhirnya terus berlalu..
Alhamdulillah dgn izin dan berkat Illahi.. hari ni dah selesai proses jual beli tanah utk masa depan anak anakku..
aku gembira kerana telah dapat buat sesuatu untuk tahun 2012 yg baru 5 hari dijengah..
semoga Allah kurniakn hasil yg banyak dr tanah itu untukku dan anak anakku..
airmata.. hanya aku yang tahu.. tapi.. aku tidak akan sekali kali mengalah untuk kembali padanya yang tidak pernah untuk memilih terus hidup bersamaku..
aku tahu aku lalui hari hari yang sangat suram hidup tanpa sedikitpun bayangnya..
tapi.. itu adalah lebih baik dari aku terus heret dirinya ke lembah kehidupan yang sangat buruk..
hingga saat ini.. aku tidak pernah terlintas satu saat pun untuk berdoa moga dipertemukan jodoh yang lain..
pada aku.. tak perlulah aku kahwin jika org itu bukan org yg kucintai hingga saat ini whwi..
mungkin aku perlu lalui hidup tanpanya..
tp tidak perlu aku lalui hidup dgn jadi isteri org lain..
aku tahu aku membakar diri aku sendiri dgn kehidupan hari ini..
sekurang kurangnya aku tidak mengajar anak anakku untuk lihat kewujudan manusia lain selain dirinya..
cuma Ya Allah..
.. sorokkanlah airmataku dari dilihat oleh anak anakku..
aku tahu aku derita menahan segala kecintaanku padanya..
Phil Robertson, 'Duck Dynasty' Patriarch and Outdoor Icon, Dies at 79
-
*United States – May 27, 2025* – Phil Robertson, the beloved patriarch of
the "Duck Dynasty" family, founder of Duck Commander, and an outspoken
voice fo...
3 weeks ago