Sunday, September 12, 2010
Perjuangan seorg ibu yang tidak dihargai..
Inilah yang dikatakan kehidupan..
ada siang, ada malam
ada panas ada hujan
ada hitam ada putih
ada gelap ada cerah
ada 10 ada satu
itulah nasibku..yang tidak dihargai..
dunia, lihatlah kehidupanku...
kenapa masih ada insan yang sanggup menuduh diriku menjadikan anak yang tak berdosa sebagai alasan...
anak amanah Allah..
hawa hanya mengingatkan adam..
jika menolak.. maka aku tidak berdaya..
Tidak semudah yang disebut oleh seorg lelaki bahawa insan seperti aku hanya berbohong dalam memberikan tumpuan pada anak kecil itu.. amat hina sekali pertuduhan itu..
kami tidak mahu jadi beban pada orang lain apatah lagi seorg yang bergelar bapa..
lakukanlah semahumu pada kami...
terima kasih dunia.. mengajar kami erti kesabaran..
MUMMY YANG KECEWA DUHAI ANAK ANAKKU

Anakku, permata hatiku..
Mummy seharusnya kuat dan tabah menghadapi setiap karenah seorang yang bergelar bapa buat dua anakku. Satu anak yatim dan satu darah dagingnya sendiri. Kenapa bapa anak2ku tidak pernah menyedari kesilapannya. Hanya tahu menuding jari. Kami yakin pada ketentuan Illahi dan Malaikat disisinya yang tidak pernah pejam.
kenapa? adakah kami ini merupakan beban yang terpaksa dipikul? Kenapa tidak pernah rasa bahawa kami ini adalah sebahagian tjawab yang wajib dipikul? Hebatnya manusia menidakkan sesuatu yang hak. Namun , Allah dan Malaikat tidak pernah leka atau lena walau ditiup dgn seribu alasan.
Pernahkan rasa apa yang kami rasa. Bahu yang memikul lebih hebat dari mulut yang berkata menafikan dan memfitnah tanpa batasan..
Moga satu masa nanti, tertunduk ke bumi menyesali segalanya. AMIN.
Saturday, September 4, 2010
ANAK MUMMY
Wan Muhammad Aish Elman dan Abdul Aish Zafran
Kalianlah nadi dan nyawa mummy.... kita bersama harungi setiap kepayahan dengan senyum dan airmata tak diduga..
Anak kita
sedih bila mengenangkan pagi raya abang tiada. Namun , siapalah kami untuk meronta. Ibu bapa lain sibuk sediakan anak, mandikan anak, solat berjemaah, makan pagi bersama, berkereta bersama ke masjid, mendengar khutbah bersama, pulang bersalaman, makan biskut, layan karenah anak-anak... TAPI... maafkan mummy anak-anakku..
Satu masa nanti , bila anak-anak mummy dah dewasa dan menjadi ibu bapa, fahamilah sayang anak-anakku, bahawa tiada ibu bapa di dunia ini yang inginkan kedukaan untuk anak-anaknya. Mummy cuba utk wujudkan suasana raya...
anakku sayang.. bila kalian tidur, saat itu sayunya hati mummy hanya ALLAH yang tahu..betapa anak-anak mummy dahagakan kasih seorg bapa. Bersyukurlah anak-anakku kerana mummy masih hidup untuk menyikat rambutmu dan membancuh susumu...
POSE RAYA 2010
Abang..
Mummy dah mintak tolong abang utk ke kedai foto. Abang sibuk. Jadi, mummy, Baby L, dan abang Aish zafran pose dulu. Tujuan mummy, kalaupun kami tak dapat beraya dgn abang lagi tahun ini, sekurang-kurangnya kami dapat lihat di dinding keluarga kita.
abang...
kami tahu kami serba kekurangan. Kerana kami sedar, maka kami berdiam diri dan percaya bahawa apa yang Allah buat ini ada HIKMAH disebaliknya.