Saturday, September 4, 2010
Anak kita
sedih bila mengenangkan pagi raya abang tiada. Namun , siapalah kami untuk meronta. Ibu bapa lain sibuk sediakan anak, mandikan anak, solat berjemaah, makan pagi bersama, berkereta bersama ke masjid, mendengar khutbah bersama, pulang bersalaman, makan biskut, layan karenah anak-anak... TAPI... maafkan mummy anak-anakku..
Satu masa nanti , bila anak-anak mummy dah dewasa dan menjadi ibu bapa, fahamilah sayang anak-anakku, bahawa tiada ibu bapa di dunia ini yang inginkan kedukaan untuk anak-anaknya. Mummy cuba utk wujudkan suasana raya...
anakku sayang.. bila kalian tidur, saat itu sayunya hati mummy hanya ALLAH yang tahu..betapa anak-anak mummy dahagakan kasih seorg bapa. Bersyukurlah anak-anakku kerana mummy masih hidup untuk menyikat rambutmu dan membancuh susumu...