1 Jun 2019.. berlalunya satu tarikh yang makin menginjak usia mami..
Ya Allah..beri mami kuat.. airmata laju lagi pagi ini.. saat ini mami di opis.. menyiapkan apa jua tugasan yang patut..
mami tamatkan seketika.. tangan mulai menaip lagi.. keluarkan semua sebak di dada..
16 tahun yang lalu.. satu ujian melanda.. dengan usia yang masih muda.. mami bertabah dan belajar dgn dewasa..melalui dgn matang..segala kepayahan..
selagi hidup di dalam dunia, berbagai cubaan akan dirasai..
hari ini.. dimata mami seolah satu tayangan kembali.. hinggakan satu persoalan muncul : KUATKAH MAMI YA ALLAH ?..
inikah ujian..utk uji ketakwaan dan keimanan..
terima kasih Allah kerana memilih mami..
satu perjalanan tepu..hinggakan saat ini..tinggal esok satu hari sahaja lagi akan berakhirnya puasa... mami merenung diri.. apakah yang mami telah lakukan pada anak anak..
tiada perjuangan menyambut raya.. tiada baju sendiri..tiada biskut..tidak ada dalam fikiran pun.. malah mood pun tidak munculkan diri.. bantu mami Ya Allah..
berikan keindahan dalam raya yang serba sederhana utk mami dan anak anak..
apakah pembohongan lagi yang mami harus lakukan untuk perlihatkan wajah gembira.. menyembunyikan wajah duka..
Aidilfitri yang syahdu....
mami tahu Ya Allah..
telah hadiahkan mami anak anak yang hebat..
anak yang tak pernah merungut..
anak yang tak pernah membanding beza..
anak yang tak pernah mempertikai kemampuan ibunya..
anak yang tak pernah mempersoalkan kemampuan ibunya..
anak anak yang tak pernah bertanya mana ayahnya..
anak yang tak pernah mempersoalkan apa yang mereka ada..
dan mami bertanya pada mu Ya Allah..
mencari silap diri..
adakah satu silap bilamana mami sentiasa tidak memperjuangkan hak mami..
hak mengandungkan seorang lagi anak kecil selama 9 bulan sendirian..
hak membesarkan anak hingga kini berusia 9 tahun keseorangan..
sepasang baju melayu pun belum anak sarungkan ke badan.. ..
bukan mami tidak mampu sediakan Ya Allah..
tetapi.. betapa tawarnya hati mami ini Ya Allah..
seorang anak yang dipinggirkan..oleh penama dihujung namanya..
apakah ini bukan satu pengorbanan Ya Allah.. inilah rasa kehilangan..inilah hakikat kesedihan..
melihat erti tanggungjawab yg dilaksana oleh seorang pendita.. kecewa itu hadiah utk mami yg dilukakan.. kita makin senja..
moga hari esok adalah hari yang lebih baik dan sempurna untuk mami dan anak anak..
rahmati kami Ya Allah..
hadiahkan kami kasih sayangMu..
Dunia ini pentas ujian.. perjalanan sepi ini mami tempuhi sedaya seupaya..
Sunday, June 2, 2019
Thursday, April 25, 2019
Wednesday, March 6, 2019
kembara kehidupan..
apa yang kamu kenal..
kamu kata kamu menasihati mummy..
apa yang kamu nasihati..
kamu kata kamu sedang menyokong mummy..
apa yang kamu sokong..
kamu kata kamu kasihan pada mummy..
apa yang kamu kasihani..
kamu kata kamu ingin lihat mummy juga bahagia..
apa bahagia yang kamu tafsirkan..
mungkin dalam perjalanan kehidupan ini, kamu memang belum arif tentang mummy..
kenapa?
kerana kamu tak pernah berkongsi cawan dengan mummy
kerana kamu tak pernah sebantal dengan mummy
kerana kamu tak pernah tahu walhal warna kesukaan mummy..
tapi kenapa kamu rasakan kamu hebat??
dan kamu sempurna..
kerana kamu selalu fikir kamu hebat segalanya..
duhai teman.. memang mummy diuji..
tetapi kamu lupa..sebenarnya kita diuji bersama..
kamu diuji..adakah kamu layak menjadi sahabat dikala mummy berduka..
hakikatnya.. : KAMU GAGAL
Rezeki Tak Pernah Salah Alamat
Alhamdulillah..sujud syukur padaMu Ya Rahman..
Terima kasih insan yang telah melorongkan mami untuk mencari slip gaji kedua..
dalam kepayahan bergelar seorang usahawan, hadirnya seorang kakak dan seorang adik yang tidak pernah henti memberikan tunjuk ajar tanpa jemu..
Kita menapak satu persatu,
setiap kali jatuh,
setiap kali itu kita menapak untuk terus gagah bangun,
kalau usaha niaga sebelum ini, kebanyakannya wajib berusaha dari mendapatkan, mengambil, membekal, semuanya dilakukan sendirian. Dan ianya tidak lama.
Kali ini, inilah hadiah dari Allah buat kami.
Kami tiada sesiapa untuk meminta, hanya Allah tempat mengadu.
Menjadi seorang usahawan yng cukup fleksible.
boleh memilih waktu sendiri,
tidak perlu bawa barang ke sana sini,
tidak perlu promosi begitu begini,
malah boleh rehat apabila sedang amat sibuk dengan hakiki.
Malahan paling istimewa, mummy mampu kongsikan dengan anak anak yang memerlukan.
Ia benar, rezeki tak pernah salah alamat.
Terima kasih Allah beri peluang untuk mummy jadi usahawan.

Saturday, February 9, 2019
Saat berharga bersama..
Anakku..
Tiada yg lebih baik selain dpt bersama denganmu. Indahnya bila hajatmu dapat mami penuhi.
Alhamdulillah.. walau kita keluarga kecil..tapi kita mampu bina bina bahagia bersama.
Cepatnya kalian membesar.. terasa baru semalam lahirkan anakku..

teruskan pengajian bab 2 anakku
Kasihnya mami.. membawa ke syurga..
Kasihnya anakku.. masa beredar..
Memenuhi apa hajat di hati anak.
Moga hari ni mami lebih kuat.
Dijangka abg aish akan balik lagi pd bulan Mac nanti. Mami doakan abg aish seronok di KV Kuantan dan berjaya capai cita cita nak jadi underwater welder . Dan moga Allah kurnia mami usia yg berkat dan dan re yg sentiasa mengalir bagaikan air dan melimpah hingga mami mampu sedekahkan pd yg layak menerimanya. Terima kasih Allah hadiahkan anak anak ini sebagai peneman mami dunia dan akhort..
Sunday, February 3, 2019
We Win Free Shopping Programme
Selamat Ulang Tahun anak anak TCD
Setiap tahun kita tidak pernah ketinggalan meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran semua murid SKTCD yang diadakan sebanyak dua kali setahun.