Wednesday, March 6, 2019

kembara kehidupan..

kamu kata kamu kenali mummy..
apa yang kamu kenal..

kamu kata kamu menasihati mummy..
apa yang kamu nasihati..

kamu kata kamu sedang menyokong mummy..
apa yang kamu sokong..

kamu kata kamu kasihan pada mummy..
apa yang kamu kasihani..

kamu kata kamu ingin lihat mummy juga bahagia..
apa bahagia yang kamu tafsirkan..

mungkin dalam perjalanan kehidupan ini, kamu memang belum arif tentang mummy..

kenapa? 
kerana kamu tak pernah berkongsi cawan dengan mummy
kerana kamu tak pernah sebantal dengan mummy
kerana kamu tak pernah tahu walhal warna kesukaan mummy..

tapi kenapa kamu rasakan kamu hebat??
dan kamu sempurna..

kerana kamu selalu fikir kamu hebat segalanya..

duhai teman.. memang mummy diuji..
tetapi kamu lupa..sebenarnya kita diuji bersama..

kamu diuji..adakah kamu layak menjadi sahabat dikala mummy berduka..
hakikatnya.. : KAMU GAGAL

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Alhamdulillah..sujud syukur padaMu Ya Rahman..

Terima kasih insan yang telah melorongkan mami untuk mencari slip gaji kedua..
dalam kepayahan bergelar seorang usahawan, hadirnya seorang kakak dan seorang adik yang tidak pernah henti memberikan tunjuk ajar tanpa jemu..

Kita menapak satu persatu,
setiap kali jatuh,
setiap kali itu kita menapak untuk terus gagah bangun,

kalau usaha niaga sebelum ini, kebanyakannya wajib berusaha dari mendapatkan, mengambil, membekal, semuanya dilakukan sendirian. Dan ianya tidak lama.

Kali ini, inilah hadiah dari Allah buat kami.

Kami tiada sesiapa untuk meminta, hanya Allah tempat mengadu.

Menjadi seorang usahawan yng cukup fleksible.
boleh memilih waktu sendiri,
tidak perlu bawa barang ke sana sini,
tidak perlu promosi begitu begini,
malah boleh rehat apabila sedang amat sibuk dengan hakiki.

Malahan paling istimewa, mummy mampu kongsikan dengan anak anak yang memerlukan.
Ia benar, rezeki tak pernah salah alamat.

Terima kasih Allah beri peluang untuk mummy jadi usahawan.